Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Serang Kedutaan US Kerana Geram Sokong Israel, Caprice “Payung” Duit Bayar Saman Pemuda Usia 23 Tahun

by Puteri Alia
November 8, 2023
Share on Facebook

Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice berbesar hati untuk membayar saman berjumlah RM1,000 yang dikenakan terhadap seorang pemuda atas kesalahan menconteng tembok bangunan kedutaan Amerika Syarikat (AS) dengan perkataan ‘terrorist’ (pengganas) oleh Mahkamah Majistret hari ini.

Menerusi hantaran yang dikongsikan Caprice dalam Instagram miliknya, penyanyi berusia 35 tahun itu meminta pengikutnya untuk memberitahu pemuda tersebut bahawa dia akan membayar saman berjumlah RM1,000 bagi pihaknya.

“Siapa-siapa kenal adik ini, beritahu dia RM1,000 itu (saman), saya ‘payung’ (bayarkan). Insya-Allah jualan hari ini memang padu,” ujar Caprice.

Niat murni pemilik nama lengkap Ariz Ramli itu sekali gus menarik perhatian netizen apabila rata-rata menyokong tindakannya untuk membantu pemuda tersebut dan mendoakan agar dirinya sentiasa dimurahkan rezeki.

“Semoga kau dan ahli keluarga kau dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik. Amin,” ujar seorang netizen.

“Terbaik Cap. Semoga dimurahkan rezeki,” ujar seorang lagi pengikutnya.

Bagaimanapun, terdapat segelintir pengguna Instagram seakan-akan tidak bersetuju dengan bantuan yang dihulurkan Caprice apabila menganggap perbuatan yang dilakukan oleh pemuda tersebut adalah salah kerana melakukan vandalisme.

“Vandalisme (melakukan kerosakan pada harta awam) tetap salah. Tidak boleh dinormalisasikan,” ujar seorang netizen.

Terdahulu, majistret Wong Chai Sia hari ini menjatuhkan hukuman denda terhadap Ahmad Ridzwan Al Amin Azman Shah, 23, selepas tertuduh yang bekerja sebagai jurutera projek itu mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara sebulan, jika gagal membayar denda itu dan tertuduh membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Ahmad Ridzwan didakwa melakukan khianat iaitu merosakkan harta kepunyaan Kedutaan Besar Amerika Syarikat sehingga menyebabkan kerugian sebanyak RM200 iaitu menconteng tulisan ‘terrorist’ menggunakan penyembur cat warna merah.

Kesalahan itu dilakukan di tembok luar bahagian Utara Kedutaan Amerika Syarikat menghadap Jalan Tun Razak di sini antara pukul 5.30 pagi hingga pukul 5.45 pagi pada 28 Oktober lalu.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Gardenia Semarakkan Merdeka 2026, 5,000 Cenderahati Buat Pengunjung

by Phic ARMAN
September 1, 2026

Bila sebut sambutan Hari Kebangsaan, bukan hanya perarakan dan kibaran Jalur Gemilang yang mencuri perhatian. Tahun ini, Gardenia Bakeries (KL)...

Read moreDetails
Berita

Kenapa Meerqeen Dipilih Jadi Duta REDMI Note 17 Series?

by Phic ARMAN
August 20, 2026

Bila Xiaomi umumkan Meerqeen sebagai Malaysia Ambassador untuk REDMI Note 17 Series, ramai mungkin tertanya-tanya, kenapa Meerqeen? Jawapannya sebenarnya cukup...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kisah Cinta Lama Izzana Salleh & Adam Radlan Jadi Perhatian- “Mereka Sangat Low Profile”

  2. 2

    Bella Astillah ‘Kerja’ Jadi Barista, Lebih 500 Orang Serbu Kedai

  3. 3

    Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Lelaki Ini Kongsi Detik Cemas Jam Tangan Pintar Fitbit Terbakar di Pergelangan Tangan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara