Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

Alif Satar Bersama Hong Leong Bank Melancarkan Program e-Duit Desa di Bagan Nakhoda Omar

by Aphit J.
November 11, 2023
Share on Facebook

Selaku Duta Hong Leong Bank (“HLB” atau “Bank”), Alif Satar telah merasmikan majlis pelancaran Program e-Duit Desa di Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam, Selangor (“BNO”) bersama wakil daripada HLB.

Memperkasakan Komuniti Tempatan

via BHarian

Program ini  sebahagian daripada komitmen Hong Leong Bank memperkasakan komuniti tempatan dengan menggalakkan pendigitalan dan keterangkuman kewangan, serta memangkin transformasi digital di seluruh rantau ini.

Alif Satar, Duta HLB telah berkongsi bagaimana perkhidmatan e-pembayaran dapat meringankan beban pelanggan di Bagan Nakhoda Omar.

Kata Aliff, program seperti ini amat penting untuk pembangunan komuniti dan perniagaan tempatan di luar bandar.

Dengan membolehkan perniagaan tempatan menerima e-pembayaran, ini bukan sahaja menjamin keselamatan urus niaga, tetapi juga memastikan pembayaran dibuat dengan lebih cepat dan mudah untuk pelawat.

Membantu Peniaga Berkembang

via Cdn

Dari sudut keusahawanan, Alif sendiri telah menyaksikan bagaimana alat mudah seperti kod QR atau terminal e-pembayaran boleh membantu perniagaan berkembang menerusi kemudahan dan ciri keselamatan yang disediakan.

Pendigitalan dan pelaksanaan e-pembayaran dapat meningkatkan kecekapan operasi, dan seterusnya dapat meningkatkan jualan serta mengembangkan lagi peluang perniagaan.

Menerusi semua inisiatif ini, Alif yakin bahawa penduduk dan perniagaan di BNO akan mendapat manfaat yang lebih besar daripada program ini, dan dia sendiri tidak sabar untuk melihat bagaimana bandar ini akan meraih manfaat daripada inisiatif ini.

Menawarkan Cara Yang Lebih Selamat

via The Star

Melalui program ini, HLB telah menyediakan akses kepada perkhidmatan e-pembayaran serta khidmat nasihat dan penyelesaian kewangan lain, dalam usaha menyokong objektif Bank Negara Malaysia untuk meningkatkan kadar penggunaan transaksi tanpa tunai.

Hal ini seterusnya memacu peningkatan keterangkuman kewangan dalam kalangan rakyat.

Dengan menyepadankan ekosistem tanpa tunai di BNO, HLB berusaha untuk memperkasakan lagi komuniti bagi menyesuaikan diri dengan pendigitalan dan pembandaran pesat di negara ini.

Ligamen Alif Satar Koyak Di Zurich Liga 7X7 All Stars 2025 -"Harini Bengkak Kaw-Kaw.."

Malah ini dapat membantu perniagaan tempatan berkembang dengan menawarkan cara yang selamat, terjamin dan mudah untuk menerima transaksi kewangan.

Error happened.
Alif Satar
https://lomp.at/e51rx
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara