Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

[REVIEW] Honor X9b 5G: Bukan Sekadar Tahan Lasak

by Phic ARMAN
November 13, 2023
Share on Facebook

Honor X9b 5G adalah salah satu telefon pintar terbaharu yang telah lama ditunggu oleh peminat teknologi. Dengan pelbagai ciri unggul dan reka bentuk yang menawan, Honor X9b telah menarik perhatian ramai orang.

Baru dilancarkan pada 1 November yang lalu, reka bentuknya yang elegan serta tahan lasak merupakan salah satu tarikan utama HONOR X9b. Dengan bingkai yang nipis dan bentuk  yang ramping, telefon pintar ini kelihatan sangat menawan. Malah ia ergonomik, menjadikannya selesa untuk dipegang dan digunakan setiap hari.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Sebelum itu, jom lihat video UNBOXING di bawah.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

REVIEW HONOR X9b

Kita mulakan dengan prestasi,  HONOR X9b dilengkapi dengan pemproses yang berkuasa, RAM yang cukup besar dan kapasiti storan yang mencukupi. Ini menjadikan ia dapat menjalankan aplikasi dan permainan dengan lancar tanpa sebarang halangan. Anda boleh menjalankan memasang beberapa aplikasi serentak tanpa mengalami lag.

Beralih kepada kualiti skrin, HONOR X9b tersedia dengan 6.78″ Paparan AMOLED serta Resolusi Retina 1.5K. Kemudian kadar penyegaran mencapai 120Hz. HONOR X9b menawarkan salah satu paparan terbaik dalam segmen harganya yang boleh mencapai kecerahan puncak 1200 nits. Serta menawarkan pemalapan PWM 1920Hz untuk mengurangkan ketegangan mata apabila tontonan dalam kecerahan rendah.

HONOR X9b ialah peranti pertama yang dilengkapi dengan Qualcomm SM6450 Snapdragon 6 Gen 1 (4 nm) yang digandingkan dengan 12GB RAM dan storan 256GB. Ia menawarkan peningkatan prestasi 30% berbanding model sebelumnya yang menggunakan cip Snapdragon 695.

Baterinya juga telah mencapai 5800mAh yang menawarkan penggunaan sederhana sehingga 3 hari.

Dari segi kamera, terdapat peningkatan pada kamera utama iaitu Kamera Ultra Jelas 108MP, Ultralebar 5MP dan Kamera Kedalaman 2MP di belakang.  Kamera utama juga akan menyokong rakaman video 4K, manakala swafoto akan dikendalikan oleh kamera 16MP di hadapan.

Sebab mengapa HONOR menjadikan telefon ini lebih tahan lama berbanding sebelum ini adalah kerana paparan Paparan Antijatuh Melantun Ultra HONOR yang baharu. Teknologi ini menawarkan tiga lapisan perlindungan yang memastikan skrin akan menahan hentakan dari setiap sudut yang jatuh sehingga 1.5m tinggi. Ini video ujian yang telah dijalankan baru-baru ini.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

HONOR X9b dijual pada harga RM1,499 di Malaysia dan HONOR menawarkan jaminan penggantian retak selama 365 hari untuk kedua-dua kaca hadapan dan belakangnya.

Kesimpulannya, Honor X9b ialah telefon pintar yang benar-benar tahan lasak  dengan kamera serba boleh. Telefon ini adalah pilihan yang bagus untuk mereka yang mencari telefon pintar yang lengkap dengan bateri yang tahan lama.

Berminat? HONOR X9b tersedia dalam tiga varian warna iaitu Sunrise Orange, Titanium Silver dan Midnight Black, prapesanan bermula hari ini di HiHonor.com, kedai HONOR dan pengedar sah. Manakala ketersediaan umum adalah pada 10 November dan seterusnya.

Honor x 9b
https://lomp.at/wfqo1
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Apa Yang Best Pasal Kad Ryt Ini Kalau Time Shopping? Ini 3 Hal Penting Yang Patut Anda Tahu

by Phic ARMAN
April 23, 2026

Kalau anda jenis suka shopping tapi dalam masa sama nak jaga flow duit, berita dari Ryt Bank ini mungkin buat...

Read moreDetails
Foto - Dyson
Teknologi

Kipas Mudah Alih Pertama Dyson, HushJet™ Jamin Kesejukan Sehingga 6 Jam!

by Nurul A.
April 11, 2026

Dyson hari ini melancarkan kipas mudah alih pertamanya iaitu Kipas Mini Sejuk HushJet™. Direka bentuk untuk kegunaan harian, kipas pelbagai...

Read moreDetails
LifeXplore

Suri Rumah Memang Suka! Ini Manfaat Ciri Teknologi ‘No Frost’ Pada Peti Ais

by Phic ARMAN
April 23, 2026

Kalau nak cakap jujur, No Frost Technology bukan sekadar ciri “extra”,  tapi dah jadi penyelamat rutin harian, especially untuk suri...

Read moreDetails
LifeXplore

Low Light Tak Lagi Musuh: Galaxy A57 5G Tampil Dengan Kamera Lebih Sharp

by Phic ARMAN
April 17, 2026

Kalau dulu siri Galaxy A dah dikenali sebagai “kamera bajet rasa flagship”, kali ini Samsung Galaxy A57 5G nampaknya naik...

Read moreDetails
LifeXplore

Rasmi Di Malaysia, Ini ‘First Impression’ Honor 600 Pro, Harga Masih Berbaloi?

by Phic ARMAN
April 22, 2026

MURAI sempat tengok sendiri pelancaran terbaru daripada Honor di Malaysia, dan terus terang cakap, memang nampak lain kali ini. Kalau...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    [VIDEO] Aliff Aziz Cover Lagu Indonesia, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Kau Ni Rugi..”

  3. 3

    Ramai Tak Sangka Ustaz Viral Seleweng Dana RM12.3 Juta- “ Dulu Tengok TikTok Dia Rasa Tenang…”

  4. 4

    Nak Cuba Je, Tapi Jadi Cemas!  Warga Emas Tersangkut Dalam Kasut Getah Cetus Gelak Tawa

  5. 5

    Reaksi Jejai Bila Ditanya Nak Kahwin Semula Dengan Nora Danish Buat Ramai Terkejut

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara