Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Anak-Anak Angkat TokTi Selamat Sampai Di Selatan Gaza, Terharu Allah Lindungi Anak Yatim Piatu Palestin

by Puteri Alia
November 14, 2023
39
KONGSIAN
Share on Facebook

Al-Quran menyebut perihal anak yatim tidak kurang 22 kali dalam pelbagai konteks. Memberi penekanan dan perintah kepada Muslimin untuk menyantuni, membela dan melindungi anak yatim.

Mereka bukan sahaja kehausan kasih sayang, malah nasib dan masa depan mereka seakan tidak menentu tanpa ada insan yang tampil membantu sebagaimana dituntut agama Islam.

Berbahas soal ini, baru-baru ini penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin bersyukur kesemua pelajar dan petugas sekolah Afwa Al Afiyah di Gaza, Palestin yang dibangunkan menerusi Yayasan Nurjiwa berada dalam keadaan baik dan selamat sampai di selatan negara itu.

Beliau berkata, buat masa ini hasil sumbangan rakyat Malaysia menerusi yayasan itu masih dapat terus diberikan walaupun dalam keadaan yang sangat meruncing memandangkan wakil yang juga kenalannya, Dr Mohanad masih selamat dan mampu mengendalikan sumbangan tersebut.

Siti Nurhaliza berkata, tumpuan beliau dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa kini bagi memberi bantuan keperluan asas termasuk makanan, air bersih dan selimut untuk penduduk di sana menerusi yayasan berkenaan.

“Sekolah itu mempunyai lebih 100 pelajar sekolah berumur seawal usia lima hingga lapan tahun dengan lebih 10 petugas yang masih meneruskan tugas mereka yang kini tertumpu kepada kerja amal untuk penduduk yang berada di selatan Gaza,” katanya.

Penyanyi nombor satu negara itu menceritakan, Dr Mohanad ada memaklumkan sebelum mereka bertolak ke selatan Gaza, keadaan sekolah Afwa Al Afiyah itu masih selamat daripada bedilan bom atau serangan tentera Zionis Israel.

Memetik laporan sebuah portal berita, katanya, setiap hari Dr Mohanad akan berulang alik dari tempat tinggal mereka ke hospital berdekatan untuk mendapatkan liputan Internet bagi berkongsi status mereka di sana untuk memastikan beliau dan suami tidak risau akan keadaan mereka.

“Sepanjang dua tahun sekolah ini beroperasi, ia melindungi kebanyakannya anak-anak yatim piatu.

“Namun syukur, walaupun Yayasan Nurjiwa tidak sebesar berbanding badan pertubuhan amal yang lain, kita dapat berikan bantuan terus kepada anak-anak di sana,” katanya sambil menahan sebak.

Jumlah korban akibat serangan berterusan tentera penceroboh Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober sudah melepasi angka 11,540 termasuk lebih 8,000 wanita dan kanak-kanak manakala 28,200 lagi cedera, menurut Kementerian Kesihatan Palestin pada Isnin.

[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza Buat Pisang Goreng Untuk Afwa, Raih Perhatian Ramai!

Siti Nurhaliza berkata selain bantuan untuk rakyat Palestin, Yayasan Nurjiwa yang ditubuhkan sejak 2006 itu turut membantu mangsa banjir, golongan asnaf dan bantuan persekolahan dan perubatan untuk golongan kurang berkemampuan di Malaysia.

What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
datuk seri siti nurhalizatokti
https://lomp.at/k2o51
Share16Tweet10SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem