Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Tangguh Konsert Skala Besar Demi Jaga Sensitiviti Rakyat Palestin, TokTi Ganti Dengan Persembahan Amal

by Puteri Alia
November 15, 2023
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Bumi Gaza yang berkeluasan 365 km persegi itu yang sebelum ini didiami oleh lebih 2 juta rakyat Palestin, sebahagian besar telah ranap.

Bangunan dan tempat kediaman musnah dikerjakan oleh tentera rejim haram Zionis Israel. Ribuan telah terkorban dan ramai lagi cedera.

Saban hari media elektronik dan media sosial memaparkan keadaan semasa di sana.

Hati manusia mana yang tidak pilu dan sayu melihat nasib yang menimpa rakyat di Gaza dan kini termasuk juga di Tebing Barat. Kanak-kanak, wanita, orang tua dan rakyat kebanyakan menanggung derita asakan taraf haiwan rejim Israel yang bermatlamat mahu menghancurkan Gerakan Perjuangan rakyat Palestin yang diketuai HAMAS.

Demi menghormati dan menjaga sensitiviti rakyat Palestin yang masih berdepan situasi perang menegangkan, Datuk Seri Siti Nurhaliza menangguhkan perancangan konsert berskala besar yang dijadualkan berlangsung Mac depan.

Siti sebaliknya mahu menggantikan konsert tersebut dengan sebuah persembahan amal sekali gus mengumpul dana untuk Palestin.

“Perancangan untuk konsert saya tangguhkan kerana kita berdepan dengan isu sensitif (perang di Palestin).

“Tapi saya bercadang untuk melakukan majlis amal di bawah yayasan saya, Yayasan Nurjiwa untuk mengutip dana dan sama-sama bersolidariti.

“Ini yang apa saya sedang fikirkan,” ujar  Siti.

Memetik laporan sebuah portal berita, Siti diminta mengulas tindakan syarikat rakaman Universal Global yang seoleh menyokong Israel dan melabelkan Hamas sebagai penjahat menerusi hantaran di Instagram rasmi mereka baru-baru ini.

“Mereke level antarabangsa tidak sama dengan saya”

“Apa yang disuarakan oleh Universal Global tidak sama langsung dengan pendirian saya.

Penyanyi yang baru muncul dengan album Sitism itu juga menjelaskan dirinya tidak bernaung di bawah syarikat tersebut.

“Saya bukan artis mereka tetapi syarikat tersebut mengedarkan produk saya,” jelasnya.

Siti seterusnya menyeru rakyat Malaysia dan umat Islam agar terus berdoa dan tidak berhenti menghulurkan bantuan kepada saudara seIslam yang memerlukan.

“Saya difahamkan banyak bantuan yang tidak dan belum sampai kepada mereka. Jadi kita jangan putus memberi sokongan dan bantuan agar mampu meringankan beban saudara kita di sana,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Menantu TokTi Tunjuk Aurat? Asyraf Khalid Akui Kesilapan Isterinya, Tya Arifin Dedah Rambut
datuk seri siti nurhalizatokti
https://lomp.at/ouh4r
Share4Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem