Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Usah “Taksub” Sehingga Gadai Keselamatan Diri, Peminat Coldplay Tidak Dibenarkan Tidur Depan Stadium

by Puteri Alia
November 17, 2023
12
KONGSIAN
Share on Facebook

Demam Konsert Coldplay berterusan sehingga mencetuskan pelbagai kontroversi dan terbaru agamawan meminta konsert ini dibatalkan sebagai tanda sensitiviti terhadap konflik berdarah di Palestin.

Bagaimanapun baru-baru ini penganjur Konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur memaklumkan bahawa peminat tidak membenarkan menunggu artis luar dan dalam lokasi konsert atau bermalam di kawasan Stadium Nasional Bukit Jalil.

Memaklumkan menerusi laman Instagram (IG), Live Nation Malaysia mengingatkan bahawa tindakan itu boleh menggugat keselamatan artis dan orang ramai. Dan sekiranya ada individu yang mencetuskan masalah pihaknya boleh bertindak dengan menahan.

“Menunggu artis di luar atau dalam lokasi (termasuk sepanjang malam) adalah dilarang sama sekali.

“Menunggu dalam, luar atau ruang awam berdekatan, mengejar atau duduk di jalan berdekatan bukan sahaja bahaya kepada artis serta orang awam, tetapi boleh menyebabkan kemalangan atau masalah yang membabitkan orang lain.

“Pihak yang terbabit mesti menyelesaikan sebarang kemalangan atau insiden yang disebabkan oleh tindakan ini.

“Artis, penganjur dan pengurus lokasi tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kemalangan atau insiden berpunca daripada perbuatan ini. Sekiranya berkelakuan jahat, individu terbabit mungkin tidak dibenarkan masuk ke tempat persembahan dan boleh diserahkan kepada polis untuk pendakwaan,” katanya.

Garis panduan itu dikongsikan di laman sosial rasmi Live Nation Malaysia bagi konsert mega yang dijadualkan berlangsung pada 22 November depan itu.

Selain itu, Live Nation Malaysia mengingatkan agar penonton dilarang melakukan perbuatan menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia.

“Bagi mencipta atmosfera kenangan indah buat peminat, tolong hormati budaya masyarakat tempatan, sensitiviti di Malaysia dan elak memaparkan ‘prop’ atau barangan boleh menyebabkan ketidakselesaan pada orang lain.

“Marilah fokus pada muzik dan berkongsi keseronokan pada acara itu. Terima kasih atas kerjasama semua,” katanya.

Seramai 85,000 penonton dijangka bakal memenuhi stadium bagi menyaksikan persembahan band berasal dari United Kingdom yang dibarisi oleh Chris Martin, Johny Buckland, Guy Berryman dan Will Champion.

Dakota Johnson & Chris Martin Berpisah Selepas 8 Tahun Kerana Sebab Ini?
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
coldplaycoldplay kuala lumpur
https://lomp.at/e2jbn
Share5Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem