Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

Pos Malaysia Memperluas Capaian Runcit dengan Pembukaan Pos Shop Baharu di Brickfields

by Aphit J.
November 18, 2023
Share on Facebook

Pos Malaysia Berhad (“Kumpulan” atau “Pos Malaysia”) telah melancarkan kedai serbaneka Pos Shop keduanya yang terletak di lokasi strategik di Brickfields, Kuala Lumpur.

Terdapat Tambahan Istimewa

Pos Shop baharu ini bersepadu dengan Pos Laju Brickfields yang sedia ada, merangkumi lebih 1,100 kaki persegi ruang runcit.

Satu tambahan istimewa untuk cawangan Pos Shop Brickfields ini adalah pengenalan Pos Kafe, yang menawarkan pelanggan pelbagai makanan dan minuman sedia dimakan (RTE) di ruang makan selesa yang disediakan atau dibawa pulang.

Pelancaran ini menandakan pembukaan Pos Shop kedua pada tahun ini, dengan Pos Shop pertama dilancarkan di Medan Tuanku, Kuala Lumpur pada bulan Mei 2023.

Maklum Balas Positif

via Pos Malaysia

Pos Malaysia Berhad sangat gembira dengan maklum balas positif yang diterima daripada pembukaan Pos Shop
pertama di Medan Tuanku.

Mereka yakin cawangan kedua ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti setempat.

Dengan pengenalan Pos Kafe dalam Pos Shop, para pelanggan kini boleh menikmati makanan dan minuman yang disediakan segar setiap hari.

Pilihan makanan yang tersedia ada dan mudah dijamu memudahkan pelanggan berikutan jadual harian mereka yang sibu.

Memanfaatkan capaian dan tapak runcit yang luas, Pos Shop menawarkan pelbagai pilihan minuman, pencuci mulut, snek, dan produk penjagaan diri pada harga yang kompetitif.

Waktu Operasi

via Mynews

Pos Shop Brickfields dibuka dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari dan terletak di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur.

Pos Shop Brickfields kini menjalankan promosi pembukaan Beli 1 Percuma 1 untuk ais krim dan pau sehingga akhir bulan ini.

Pos Malaysia bercadang untuk membuka 9 buah lagi kedai serbaneka Pos Shop di Pahang, Selangor, Johor dan Melaka menjelang akhir tahun ini bagi menawarkan pengalaman dalam kedai dan kemudahan runcit yang menarik sambil berkhidmat kepada komuniti di seluruh Malaysia

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Pos KafePOS MalaysiaPos Shop
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Raja Muda Selangor
Usahawan

Raja Muda Selangor Berkenan Cemar Duli Pusingan Akhir Liga SAY ASPIRE Edisi Ke-7

by Nurul A.
September 9, 2026

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, berkenan mencemar duli...

Read moreDetails
LifeXplore

Dari Nasi Lemak Ke Sambal Petai, Village Park Buka ‘Chapter’ Baharu Selepas 24 Tahun

by Phic ARMAN
September 24, 2026

Kalau selama ini nama Village Park cukup sinonim dengan nasi lemak dan ayam goreng yang membuatkan orang sanggup beratur, kini...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  2. 2

    Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

  3. 3

    Dari Nasi Lemak Ke Sambal Petai, Village Park Buka ‘Chapter’ Baharu Selepas 24 Tahun

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara