Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

Pengantin Terkejut Tetamu Hulur Wang Cetak Palsu Semasa Salam Kaut, Mungkin Malu Tangan Kosong

by Puteri Alia
November 20, 2023
Share on Facebook

Rasanya ramai tahu duit salam kaut adalah satu pemberian ikhlas berbentuk wang dari tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan kepada tuan rumah.

Budaya ini sudah lama menjadi tradisi dalam setiap majlis masyarakat Melayu sama ada di Malaysia mahupun di Indonesia.

Namun, ada segelintir yang merasakan adat duit salam kaut ini sebagai satu beban sehingga ada yang memberi sampul kosong atau memberi alasan tidak dapat menghadiri kenduri tersebut.

Berbahas soal ini, baru-baru ini seorang pengantin di Indonesia terkejut apabila menerima wang salinan fotokopi yang diberikan oleh tetamu majlis perkahwinannya.

Memetik laporan portal berita Wolipop, dalam satu video yang dikongsikan di laman TikTok, wanita bernama Nuriaraziz menunjukkan helaian wang kertas palsu bernominasi 50,000 rupiah (RM15.13) yang diletakkan di dalam sampul.

Terdapat sehelai kertas putih yang mempunyai empat salinan fotokopi wang kertas tersebut di atasnya.

“Hidup sudah terlalu penat, tiba-tiba ada juga manusia yang memberikan wang fotokopi,” demikian menurut keterangan video tersebut.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Lebih baik daripada mendapat sampul kosong. Namun, ini sangat lucu,” kata seorang netizen.

“Ketika saya berkahwin dahulu, ada yang memberikan resit perubatan dalam sampul,” kata pengguna lain.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Indonesia
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bella Astillah ‘Kerja’ Jadi Barista, Lebih 500 Orang Serbu Kedai

  2. 2

    Meja Bulat & CCTV Jadi Bukti, Sami Thailand Seleweng Dana Kuil & Jalin Hubungan Sulit 

  3. 3

    Cadangan PU Riz Henti Pelihara Anjing Tuai Kecaman -“Saya Personally Tak Suka Anjing”

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Publisiti Jer! 3 Kes Skandal Selebriti Ini Guna Modus Operandi Yang Sama

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara