PCOS atau sindrom ovari polikistik ini adalah gangguan hormon yang umumnya terjadi dalam kalangan wanita. Bila seseorang wanita itu menghidap PCOS, ia akan mempengaruhi kesihatan reproduksinya dan menyebabkan masalah kesihatan yang lain.
PCOS adalah keadaan di mana ovari wanita menghasilkan jumlah androgen yang tidak normal; hormon seks lelaki yang biasanya terdapat pada wanita dalam jumlah yang kecil.
Walaupun tiada cara yang pasti untuk mencegah dan mengubati PCOS, tetapi kamu boleh kurangkan risiko dengan mengetahui apakah tanda-tandanya dan cadangan makanan yang boleh mencegahnya.
Tanda-tanda PCOS
Bagi wanita yang tidak tahu sama ada dirinya menghidapi PCOS atau tidak, cuba kamu perhatikan tanda-tanda berikut di rumah:
- Kitaran haid tidak teratur atau tidak hadir sama sekali.
- Alami pertambahan berat badan yang sukar dikawal, terutamanya di bahagian perut.
- Kulit jadi berjerawat dan berminyak secara berlebihan.
- Alami pertumbuhan rambut berlebihan sama ada di wajah, dada atau bahagian badan yang lain (hirsutisme).
- Rambut menjadi gugur dan alami penipisan rambut di kepala atau botak
- Alami rintangan insulin yang menjurus pada peningkatan risiko diabetes jenis 2.
Cadangan makanan yang boleh cegah PCOS
Berdasarkan beberapa kajian, PCOS boleh dielakkan dan dikurangkan gejalanya menerusi beberapa jenis makanan seperti:
- Makanan yang kaya dengan serat seperti sayuran hijau, buah-buahan, kekacang, bijirin boleh bantu kawal paras darah dalam darah, baiki penghadaman dan kurangkan keradangan.
- Pilih karbohidrat kompleks seperti roti gandum, beras perang dan oat kerana ia mempunyai indeks glisemik yang rendah untuk bantu elakkan lonjakan gula dalam darah.
- Pengambilan protein yang seimbang membantu mengekalkan gula dalam darah dan berikan rasa kenyang dalam jangka masa yang lama.
- Pemilihan lemak sihat seperti lemak tak tepu tunggal dan lemak poli tak tepu untuk menyokong kesihatan hormon.
- Minyak ikan seperti omega-3 mempunyai kesan anti-radang.
- Makanan rendah laktosa mengurangkan risiko PCOS.
- Makanan kaya dengan antioksidan seperti buah beri dan sayur-sayuran berwarna melawan tekanan oksidatif.
Mencegah lebih baik daripada mengubati, Miss Murai lebih galakkan kamu untuk lakukan pemeriksaan berkala di mana-mana klinik atau hospital berdekatan sebelum terlambat.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.