Thursday, July 17, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Tetap Tayang Pakai Dior, Zahirah MacWilson Dikecam Tidak Sensitif Dengan Usaha Boikot Produk Israel

by Puteri Alia
November 23, 2023
45
KONGSIAN
Share on Facebook

Palestin telah menerima gelombang sokongan masyarakat antarabangsa yang luar biasa bukan sahaja dalam kalangan negara-negara umat Islam, bahkan juga daripada negara bukan-Islam.

Bahkan, Gerakan Boikot, Penjualan dan Sekatan (BDS) produk Israel secara bersasar telah diguna pakai kerajaan dan rakyat negara ini sebagai tanda sokongan kepada Palestin, yang kini mengharungi kezaliman dan serangan rejim zionis Israel.

Bagaimanapun, baru-baru ini pelakon, Zahirah MacWilson, 28, menjadi sasaran kecaman golongan netizen apabila dia didakwa tidak sensitif dengan isu Palestin-Israel yang kini menyaksikan pelbagai usaha boikot jenama-jenama produk tertentu diteruskan sebagai tindakan solidariti.

Menerusi beberapa hantaran di media sosial, Zahirah dilihat masih memuat naik hantaran yang memaparkan dirinya menggayakan barangan berjenama mewah antarabangsa termasuk Dior yang dikaitkan dengan produk Israel.

Perkara tersebut dianggap netizen sebagai satu tindakan yang tidak sensitif apalagi pada waktu ini semakin ramai artis mula cakna dan turut sama bersolidariti demi saudara Islam di Palestin.

Berikut adalah beberapa respons beberapa pengguna Instagram yang ditinggalkan di ruangan komen akaun milik Zahirah.

“Jenama ini menyokong pembunuhan beramai-ramai, awak sebenarnya mampu lakukan lebih baik daripada ini,”

“Sebab bukan keluarga awak, bukan anak-anak awak, bukan ibu bapa awak, bukan adik kakak awak yang dibom, diculik, dirogol, dibunuh, diseksa, sebab itu. Dior menyokong pembunuhan beramai-ramai.

“Rata-rata komen sebab kontrak dah ada, itu dan ini, Tetapi kalau percaya bahawa Allah Maha Pemberi Rezeki, jihad kecil begini Allah pandang. Jangan kata ‘Allah faham situsi kita’. Moga Allah ampunkan ketidakupayaan kita semua. Sedihlah tengok selebriti Malaysia. Maaf kata-kata saya mengguris hati,” kata Lanifuad.

“Tolong sedar yang Dior menyokong pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin. Kita perlu boikot produk ini walaupun akan kehilangan tawaran kerja.

“Saya tak fikir perkara ini adalah sesuai untuk dikongsikan di saat peperangan sedang berlaku apalagi mempromosikan penyokong mereka yang melakukan penindasan,” Ms Zitu.

Dalam pada itu, tinjauan mendapati Zahirah masih berdiam diri dan tidak membuat sebarang respons mengenai kecaman demi kecaman yang diterimanya di media sosial.

[VIDEO] Gelagat Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Teruja Masuk 'Hotel Kapal' Raih Perhatian Ramai!
zahirah macwilson
https://lomp.at/g77v6
Share18Tweet11SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Siti Nurhaliza Melatah-“Takpe Tetap Comel”

by Amirul Fikry
July 17, 2025

Dato’ Sri Siti Nurhaliza binti Tarudin, penyanyi, pelakon, dan usahawan terkenal Malaysia, dilahirkan pada 11 Januari 1979 di Kampung Awah,...

Read more
Lokal

[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!

Dato’ Ramli bin Mohd Salleh, atau lebih dikenali sebagai Ramli M.S. dan disapa mesra Tok Ram, adalah seorang maestro muzik...

Read more
by Amirul Fikry
July 17, 2025
Lokal

“Sihat Ni Kejap Je Allah Nak Bagi, Kejap Je Allah Nak Tarik…”-Aisha Retno

Penyanyi, Aisha Retno berkongsi keadaan terkininya selepas dikatakan rebah ketika menjalani penggambaran muzik video di Jakarta, Indonesia, baru-baru ini. Selamat...

Read more
by Naddy Joe
July 17, 2025
Lokal

“Kalau Kahwin Sebab Cinta, Belum Bersedia” – Ashraf Muslim Tegur Pasangan Muda Tak Letak Niat Kerana Allah

Pelakon Ashraf Muslim memberi teguran berisi buat mereka yang merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan mengingatkan bahawa perkahwinan seharusnya dilangsungkan...

Read more
by Puteri Alia
July 16, 2025
Lokal

“Yang Besar Bukan Betis, Tapi Kepala” – Remy Ishak Tempelak Penunggang Basikal Halang Laluan Bas di Lebuh Raya

Isu keselamatan jalan raya melibatkan penunggang basikal kembali hangat apabila pelakon Datuk Remy Ishak tampil menegur secara terbuka segelintir penggemar...

Read more
by Puteri Alia
July 16, 2025
Lokal

“Nak Pikat Anak, Kena Pikat Menantu Dulu” – Che Ta Akui Belajar Lembutkan Hati Bakal Menantu Daripada Bekas Ibu Mentua

Pelakon popular yang tidak pernah lari daripada perhatian, Rozita Che Wan, 51, menyuarakan pendekatan berbeza dalam menangani hubungan bersama bakal...

Read more
by Puteri Alia
July 16, 2025
Korea

[VIDEO] Pavilion KL ‘Meletup’ Dengan Oppa Lee Soo Hyuk

MURAI hari ini sempat ‘menyelit’ di Pavilion Kuala Lumpur untuk sama-sama merasai kemeriahan Galaxy Unfolds Roadshow yang memperkenalkan Samsung Galaxy...

Read more
by Phic ARMAN
July 16, 2025
Lokal

Amy Search Muncul di IPD Shah Alam Bersama Isteri, Netizen Tertanya-Tanya Tindakan Susulan Isu Shila Amzah

Kehadiran penyanyi legenda rock tanah air, Datuk Amy Search bersama isterinya, Datin Norhasniza Hassan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)...

Read more
by Puteri Alia
July 16, 2025
Foto - @adzrin_adzhar (IG)
Lokal

Hadapi Situasi Sama Seperti Shila, Adzrin Adzhar Dedah Dihina Pelakon Veteran

Sejak penyanyi Shila Amzah muncul mendedahkan bahawa dia telah diserang dan diherdik oleh seorang penyanyi lagenda, seorang penyanyi dan guru...

Read more
by Soph Azz
July 16, 2025
Foto - @earlyboysd (IG)
Korea

Ramai Terkejut Dengan Pengakuan Aib Shindong – “Pembedahan Kecilkan Puting?!”

Pengakuan yang agak mengaibkan oleh SUPER JUNIOR Shindong telah membuatkan ahli yang lain terhibur. Dengan segannya, dia mengaku pernah menjalani...

Read more
by Soph Azz
July 16, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

  2. 2

    [GAMBAR] Sultan Pahang & Tunku Azizah Hadiri Graduasi Tengku Jihan Di UK!

  3. 3

    [VIDEO] ‘Dame Un Grr’ Versi Fattah Amin & Irfan Haris Buatkan Ramai Cair Melihatnya!

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem