Pelakon dan penyanyi, Nur Fazura membuat hantaran istimewa untuk suaminya yang juga pelakon, Fattah Amin sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-6 pada 27 November.
Fazura, menerusi hantaran di Instagram, turut menitipkan ucapan terima kasih buat suaminya yang sentiasa menyayangi dan lebih mengenali dirinya berbanding orang lain.
“Selamat hari kita yang ke 6 tahun sayang. Terima kasih kerana menyayangi saya dan mengenali saya lebih dari yang lain. I love you eternally @fattahaminz ❤️🌹.”-titip Fazura di Instagram
Dibanjiri Ucapan & Doa Oleh Peminat & Rakan Selebriti
Di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti seperti Elly Mazlein, Datin Seri Tiara Jacquelina dan ramai lagi dilihat membanjiri ruangan komen dengan ucapan serta doa buat pasangan ini agar berkekalan hingga ke Jannah.
“Happy Anniversary Beautiful & Suami ❤️.”-Elly Mazlein
“Happy anniversary to you two, wishing you happiness and eternal love @missfazura @fattahaminz ❤️.”-Datin Seri Tiara Jacquelina
“Happy anniversary to both of you Fazura & Fattah. Semoga Allah SWT memberikan yg terbaik buat mu dan kekal bahagia hingga ke jannah❤️.”
“Happy anniversary kak fazura and husband❤️semoga masjid yang dibina berkekalan hingga ke syurga🥰.”
“Saya doakan semoga keluarga kalian berdua iaitu fattah dan fazura sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah swt.Di berikan rezeki yang berkat ,diberi kesihatan yang baik,sentiasa berbahagia bersama si comel Fatima Aisha dan terhindar dari pandangan dan niat jahat manusia yang dengki dan busuk hati..Semoga kekal berkasih sayang hingga ke jannah dan ditambah zuriat lagi akan datang..Aamiin Aamiin ya rabbal alamiin Allahumma Aamiin.”
Sekadar info, Fazura dan Fattah Amin mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Pasangan ini turur dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.