Monday, June 30, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Bisnes

Kilang JenamaSendiri.Com Kalah Kes Langgar Kontrak Pembekalan Minuman Detox

by Phic ARMAN
November 27, 2023
VIA BH Online ,Foto Owee Ah Chun

VIA BH Online ,Foto Owee Ah Chun

24
KONGSIAN
Share on Facebook

Dalam keputusan terkini Mahkamah Tinggi, kilang JenamaSendiri.com yang terkenal di kalangan selebriti, Amber Al Amin Holdings Sdn. Bhd., yang dimiliki oleh Amin Abdullah, didapati telah melanggar kontrak pembekalan minuman detox pada tahun 2020.

Mahkamah telah memerintahkan kilang tersebut membayar kos rayuan sebanyak RM10,000.00 kepada M Khan Cosmetics, selaku responden, berikutan pelanggaran kontrak kerana membekalkan minuman detox yang tidak selamat diminum, meletup, dan menjadi basi selepas beberapa hari dihantar.

Hakim Roz Mawar Rozain memberikan keputusan tersebut, memerintahkan Amber Al Amin Holdings, yang beralamat di Kepong, untuk mengembalikan wang yang telah dibayar oleh responden.

Perayu, Amber Al Amin Holdings, menjalankan perniagaan yang menyediakan perkhidmatan menjual barangan kosmetik, pengiklanan, pemasaran, khidmat perundingan, perkilangan, pembuatan, dan penghasilan produk-produk kosmetik, antara lain.

Responden antara lain telah menyatakan bahawa syarikat itu gagal mematuhi perjanjian dan persetujuan yang dibuat.

VIA BH Online ,Foto Owee Ah Chun

Amber Al Amin Holdings dinyatakan oleh responden telah melakukan kesilapan serius dalam pengeluaran produk, membekalkan produk rosak, berbau busuk, dan kemasan yang tidak sesuai. Ini melanggar spesifikasi yang dijanjikan dan menimbulkan kerugian serius kepada pelanggan.

Amber Amin Holdings juga dinyatakan oleh responden sebagai syarikat yang menafikan aduan yang dibuat oleh responden dan mendakwa produk yang dihantar masih selamat diminum.

Responden menyatakan yang Amber Al Amin Holdings telah menafikan produk yang rosak disebabkan kecuaian dalam pembuatan dan pembungkusan di kilang. Keengganan perayu memulangkan wang responden setelah bimbang keselamatan produk yang diterima dan kehilangan keyakinan untuk meneruskan urusan perniagaan dengannya, adalah tidak wajar.

Peguam Nurul Hafidzah Hassan dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors yang mewakili anak guam, iaitu pengasas M Khan Cosmetics, berkata,

“Notis tuntutan bertarikh 10 Jun 2020 telah dihantar kepada Amber Al Amin Holdings, tetapi oleh kerana defendan gagal, ingkar, dan enggan untuk membayar jumlah yang dituntut, maka anak guam meneruskan proses saman di mahkamah.

“Anak guam menang kes ini pada tahun 2022, tetapi defendan merayu. Kali ini, Mahkamah sekali lagi bersetuju dengan anak guam (responden). Mahkamah menolak rayuan pihak perayu dan memerintahkan perayu membayar kos rayuan kepada responden.

“Pihak responden bersyukur dengan keputusan mahkamah, dan anak guam menegaskan tuntutan ini bukan sahaja berkenaan wang, tetapi juga berkenaan tanggungjawab kilang untuk membekalkan tempahan yang selamat untuk diminum oleh pengguna.”

Selain kos rayuan RM10,000.00, mahkamah sebelum ini telah memerintahkan Amber Al Amin Holdings membayar kos tempahan RM25,000.00, dan kos yang diberikan di Mahkamah Majistret sebanyak RM3,550.00.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/wz8d3
Share10Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

  4. 4

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  5. 5

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem