Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Bila Terjaga Jam 3 Ke 5 Pagi, Ambil Wudhu & Segera Lakukan Tahajjud. Ini Keistimewaan Kena Tahu

by Rory Kim
December 2, 2023
Foto - Kashorgaa

Foto - Kashorgaa

23
KONGSIAN
Share on Facebook

Jika kamu terbangun dari jam 3 hingga 5 pagi, tandanya Allah sedang berusaha berbicara padamu. Jam ini menunjukkan bahagian paru-paru sedang dalam kesempitan dan mungkin kamu sedang bersedih. Percayalah juga bahawa Allah sedang membimbing kamu untuk jadi lebih baik.

Ketika itu, bangun dengan segera dan mula mengambil wudhu serta menunaikan Tahajjud. Jadikan Tahajjud sebagai amalan di malam hari, Insyaallah kamu akan melihat perubahan.

Dijauhkan dari semua jenis penyakit

Menerusi kisah yang diceritakan oleh Salman Al-Farisi bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Kerjakanlah solat malam kerana itu adalah kebiasaan orang saleh sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa serta penghindar penyakit”

Dikurniakan kekuatan dan rezeki yang diberkati

Solat sunat Tahajjud membuka pelbagai pintu rezeki yang melimpah ruah yang tidak dapat kamu gambarkan. Contoh seperti kesihatan yang baik, memiliki keluarga yang baik, kerjaya yang diredhai dan macam-macam lagi.

Justeru dengan melakukan ibadah sunat ini, Allah S.W.T akan memberi ganjaran yang besar buat hambanya yang rajin beribadah. Baik ganjaran yang Allah berikan secara terus di dunia atau di akhirat kelak.

Memiliki kedudukan tinggi di sisi Allah S.W.T

Barangsiapa yang rajin untuk melakukan Tahajjud di waktu malam, Allah akan menempatkannya di tempat yang terpuji.

“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajjud pada Nya sebagai sembahyang tambahan bagimu: Semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji” – Surah Al-Isra, Ayat 79.

Penyelamat dari seksa api neraka

Satu lagi keistimewaan dan fadhilat Tahajjud adalah mampu menyelamatkan diri dari seksaan api neraka. Menurut sabda Rasulullah SAW:

”Ada tujuh golongan yang akan dilindungi Allah dalam lindungan-Nya pada hari tidak ada perlindungan selain perlindungan-Nya: Iman yang adil, pemuda yang rajin beribadah, seorang yang hatinya selalu terpaut dengan masjid, dua orang yang saling mencintai, bertemu dan berpisah hanya kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh seorang perempuan terhormat dan cantik lalu dia berkata aku takut kepada Allah, seorang yang menyembunyikan sedekahnya tidak ingin dilihat orang dan seseorang yang mengingati Allah dalam keheningan hingga menitiskan airmata” – Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Mendapat ganjaran di akhirat

Tahukah Tahajjud merupakan tiket emas kepada setiap hamba yang mendekatkan hubungan dengan Sang Pencipta. Antara ganjaran yang bakal diperolehi oleh orang-orang yang rajin mengerjakan sembahyang malam adalah:

  • Dibangkitkan dari kubur dengan wajah yang berseri-seri
  • Dipermudahkan hisab
  • Melalui sirat al-Mustaqim dengan cepat seperti kilat
  • Diserahkan surat amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan

Semoga Allah memberkati ibadah kamu dan mengurniakan kebaikan buat kamu.

mujarab TahajjudSolat sunat malamTahajjud
https://lomp.at/f5wbw
Share9Tweet6SendShare

KINI TRENDING

Foto - Air Selangor
Inspirasi

Air Selangor Ketengahkan Mesej Kesihatan Mental Menerusi ‘Raya Ikut Rasa’

by Nurul A.
March 20, 2026

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mempersembahkan sebuah video pendek. Bertajuk ‘Raya...

Read moreDetails
Foto - UNIQLO Malaysia
Inspirasi

Hanya 2 Kali Sebulan, UNIQLO Malaysia Beri Pokok Percuma Di Taman Tugu Nursery!

by Nurul A.
February 28, 2026

Peruncit pakaian global UNIQLO mengumumkan kelanjutan kerjasamanya dengan Taman Tugu Malaysia dan Pusat Alam Sekitar Global (GEC), bagi memperkukuh komitmen...

Read moreDetails
Foto - Samsung
Inspirasi

Nikmati Karya Agung Moden Muzium San Francisco Secara Langsung Di Rumah, Seluruh Dunia!

by Nurul A.
April 1, 2026

Samsung Electronics Co., Ltd. mengumumkan perkongsian baharu antara Samsung Art Store dan Muzium Seni Moden San Francisco (SFMOMA). Pengguna kini...

Read moreDetails
Inspirasi

Zaini Ahmad Dapat Tempat Ke-92 Di Pizza World Championship 2026, Rakyat Malaysia Bangga!

by Naddy Joe
April 17, 2026

Salah seorang rakyat Malaysia, Zaini Ahmad telah berjaya memperoleh kejayaan yang membanggakan apabila berada pada kedudukan ke-92 bagi kategori Napolitana...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  4. 4

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  5. 5

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara