Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Berang Disoal Bila Rumah Tangga Mahu Bercerai, Wawa Zainal Halau Netizen Mulut Puaka Keluar ‘Live’

by Puteri Alia
November 30, 2023
33
KONGSIAN
Share on Facebook

Kes penceraian membabitkan artis atau selebriti menjadi bahan bualan hangat dan tumpuan ramai sejak kebelakangan ini.

Hakikatnya, peningkatan kes perceraian di negara ini tidak kiralah golongan mana pun bermula daripada sekecil-kecil masalah sehinggalah disebabkan faktor kecurangan.

Namun, bukan mudah untuk menuntut cerai walaupun ia dibolehkan dalam Islam dengan sebab-sebab tertentu. Pada masa sama, mengumumkan perceraian juga ada adab-adab yang perlu dijaga.

Ini kerana sekiranya seseorang itu mahu menghebahkan berita penceraian dengan tujuan untuk membuka aib, hukumnya jelas adalah haram.

Berbahas soal ini, selepas berang ditanya bila mahu bercerai, pelakon cantik Wawa Zainal mengambil pendekatan menghalau seorang pengguna media sosial yang bertanyakan soalan itu supaya keluar daripada siaran langsung menerusi TikTok.

Malah, pemilik nama lengkap Nur Hawa Zainal Abidin itu menyifatkan tindakan individu tersebut sebagai manusia yang tidak berhati perut dan bermulut jahat.

“Ya Allah, jahatnya mulut awak. Awak tidak layak berada dalam siaran langsung ini. Sila keluar okey. Sebelum bertanya soalan, fikir dahulu jangan main tulis sahaja apa yang awak rasa,” kata isteri kepada pelakon Aeril Zafril itu.

Usai siaran langsung itu, video berhubung pertanyaan wanita itu dikongsi semula pengguna akaun TikTok lain semalam, sekali gus mengundang respons peminat  yang turut mengeji tindakan biadab tersebut.

Dalam sedutan klip terbabit, jelas kelihatan riak wajah Aeril terkejut dan kesal dengan soalan kurang cerdik diajukan individu berkenaan.

“Cuba bayangkan orang tanya soalan ini kepada emak awak (Mira), apa yang awak rasa, lagipun kalau mereka bercerai, Ariel tak kempunan mahu masuk meminang awak,” komen seorang peminat.

“Lain kali masuk tempat orang kena ada adab, kalau tiada yang berfaedah, sila diam, jangan memekak menyusahkan orang lain,” demikian komen seorang lagi peminat.

Ini bukan kali pertama berlaku, sebelum ini teman seperjuangan iaitu Izzue Islam dan isterinya juga pernah diajukan soalan lebih kurang sama, barangkali mahu menyakitkan hati pasangan terbabit.

Aeril Zafrel Nafi Tawar Hadiah Wang Tunai RM30,000, Seru Orang Ramai Waspada Dengan Scammer!
What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
Aeril Zafrelwawa zainal
https://lomp.at/89gn8
Share13Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem