Tuesday, June 17, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Gelagat Umie Aida Bergambar Dengan Harimau!

by Amirul Fikry
December 8, 2023
Share on Facebook

Datin Sri Umi Khalsum binti Rahmad Ali atau lebih dikenali sebagai Umie Aida, merupakan seorang pelakon, penyanyi, penerbit dan ahli perniagaan Malaysia. Kerjaya lakonan beliau bermula ketika berusia 18 tahun setelah menjadi finalis pertandingan Dewi Remaja 1990/91 seterusnya bergelar pelakon wanita tersohor Malaysia yang berjaya mencipta nama di tanah air dan peringkat Asia.

Sering digandingkan dengan hero filem Melayu Rosyam Nor, beliau pernah empat kali memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin manakala di layar perak, Umie pernah dua kali memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik serta turut memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

Pernah mendapat jolokan Ratu Filem Epik kerana kerap membintangi filem dan drama berlatarkan zaman dahulu kala, Umie juga antara aktres paling mahal bayarannya untuk membintangi sesebuah drama TV.

“Dengar Nama Allah Terus Duduk”

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @musollahaisya yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 43 ribu, tanda suka sebanyak 626 ribu dan hampir 20 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Umie Aida yang mengenakan busana ala-ala puteri berwarna pink dan berada di suatu tempat untuk mengambil gambar bersama seekor harimau.

https://www.tiktok.com/@musollahaisya/video/7309181202273946881?_t=8i059w54yxN&_r=1

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut meluahkan rasa teruja melihat gelagat Umie Aida itu. Mereka juga menatakan bahawa Umie Aida merupakan seorang yang berani untuk bergambar dengan haiwan sebegitu.

“Umie kalau dekat sikit lagi dengan rimau tu cantik, rimau posting dah elok tu, hahahaha”

“Aduhai, kalau saya ketaq lutut dah”

“Dia memang suka harimau ya? dulu pi bercuti dekat bali pun pegang harimau juga”-kata mereka

VIA TIKTOK

Apa-apa pun, haiwan tersebut mempunyai penjaga untuk mengawasinya. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

Apa kata anda?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Umie AidaUmie Aida Harimau
https://lomp.at/vrafw
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Netizen Puji Keluarga Datuk Aliff Syukri-“Walaupun Kaya Tetap Merendah Diri”

  2. 2

    [VIDEO] Momen Penuh Emosi: Tunku Azizah Peluk Menantu Jadi Sorotan Warganet

  3. 3

    [VIDEO] Datin Alyah Perjelas Isu Anak Angkat-“Dia Mahram Dengan Tok Ram”

  4. 4

    [VIDEO] ‘Me Time’ Di Salun Rambut, Wajah Jelita Tunku Aminah Disamakan Dengan Pelakon Jepun

  5. 5

    [VIDEO] Gelagat Budak Kecil Berdoa Di Kubur Undang Ketawa Ramai- “Adik Lambat Sikit Je Doa”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem