Ibu kepada selebriti popular Noor Neelofa iaitu Datin Noor Kartini dilihat membuat perkongsian bersama pengikutnya di media sosial mengenai dusun buah-buahan miliknya di Kuala Lumpur yang sudah mula membuahkan hasil.
Kongsi Momen Melawat Dusun Buah-Buahan
Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, memaparkan Noor Kartini bersama suami, Datuk Halim Khan sedang mengutip hasil buah durian dan rambutan yang sudah mula berbuah.
“Lama tak datang kebun buah mama ni. Alhamdulillah datang, buah durian dan rambutan dah berbuah. Best sangat petik je terus makan π.”-kongsi Noor Kartini di TikTok
@noorkartini66 Lama dah tak datang kebun buah mama ni. Alhamdulillah kali ni datang durian dan rambutan dah berbuahπ #kebunbuah #rambutan #durian #fyp @Ayue_Cdramaβ€οΈ
“Mama Masuk Kebun Pakai Kasut Dior..”
Walaubagaimanapun, lain pula reaksi netizen yang lebih terpegun melihat kenderaan yang dinaiki oleh ibu Neelofa ini yang merupakan kenderaan berjenama mewah dari England, iaitu Aston Martin. Malah, ada yang terkejut melihat usahawan ini ‘santai’ memakai kasut berjenama mewah dari Perancis, Christian Dior untuk ke dusun buah-buahan.
“Pergi dusun pakai Dior.”
“Aston Martin?”
“Pergi dusun naik kereta lain….balik dusun naik kereta lain pehhhhhhh datin….”
“Aston Martin? Saya ingatkan Maserati π.”
“Aku perati je kasut datin masuk kebun ππ.”
“Mama g kebun naik Aston Martin π.”
“Ya allah luasnya kebun dato dan datin.. Best ni kalau pergi petik, buah fresh2 β€οΈβ€οΈβ€οΈ, ewahh.. kasut dior naik Aston Martin bawak pergi kebun je ππππ₯π₯π₯π₯π₯π₯π₯π₯.”
“Mama masuk kebun pakai kasut Dior ππ.”
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.