• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Update Berita Dunia

Penemuan Rangka Mek Keldung, Manusia Yang Lebih Tua Dari Nabi Adam? Ini Penjelasannya!

by Jash Lee
December 11, 2023
Share on Facebook

Pengertian Insan adalah Makhluk Allah S.W.T yang paling istimewa kerana diberikan akal serta boleh berfikir, berkehendak, boleh menerima dan mengembangkan ilmu pengetahuan serta mampu untuk hidup bertamadun, di mana ianya membezakan anatara ciri manusia dan haiwan.

Setiap yang terjadi sudah tertulis dan kita menjadikan Al-quran dan hadis sebagai panduan kehidupan. Terdahulu, Malaysia digemparkan dengan pertemuan Artifak Mek Keldung yang berusia 14,000 tahun yang dijumpai di Lembah Nenggiri, Kelantan. Mungkinkah ianya lebih lama dari penciptaan Nabi Adam?

Sebelum Nabi Adam Ada Manusia Lain?

Dipetik dari perkongsian facebook milik Johan Ariff, Mek Keldung merupakan seorang wanita yang berusia 14,000 tahun serta lebih tua dari rangka artifak di Gua Cha dan lebih tua dari Perak Man 11,000 tahun dan perak woman 8,000 tahun yang ditemui di Lenggong Perak.

Apa yang menarik perhatian adalah, usia artifak yang berusia 14,000 tahun ini, setelah menjalani ujian ‘radio karbon dating‘ menunjukkan ianya lebih lama dari Tempoh ketamadunan manusia iaitu al insan (Manusia pertama iaitu Nabi Adam AS) sekitar 5,000 hingga 10,000 tahun (data spekulatif) dari tempoh masa dari Nabi Adam sehingga ke hari ini.

VIA YOUTUBE BERNAMA TV

Tempoh 14,000 tahun ini lebih lama dari lokasi penempatan manusia di atas muka bumi, Jericho Palestine iaitu 10,000 tahun. Persoalannya, siapakah sosok rangka Mek Keldung ini? Adakah rangka Prasejarah 14,000 tahun ini berkait dengan dialog Malaikat kepada Allah dalam surah Baqarah.

Allah SWT berfirman kepada malaikat: –

*”Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Kemudian, malaikat menjawab dengan katanya: Adakah Engkau (Ya Tuhan) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuhan), pada hal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu? Lalu, Allah menjawab persoalan itu dengan menyatakan: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.” (Surah al-Baqarah, ayat 30)*

Soalan Malaikat ini seolah olah memberi maklumat awal kepada kita bahawa malaikat berpengalaman melihat persengketaan makhluk terdahulu yang dijadikan Allah sehingga pertumpahan darah berlaku, sehinggalah makhluk sebelum Nabi Adam AS ini pupus sepenuhnya.

Jin dan manusia adalah makhluk ciptaan Allah S.W.T yang yang bukan diciptakan untuk hidup semata-mata serta sifat kejadiannya keduanya juga berbeza. Jin dan manusia diciptakan untuk beribadah dan mengabdikan diri kepada Allah, sebagaimana firman Allah dalam surah Al Dzariat ayat ke 56.

Pertumpahan darah boleh berlaku kepada sesuatu makhluk yang bernyawa yang mempunyai jasad dan darah yang berfungsi untuk mrngangkut oksigen dan nutrisi lain yang diperlukan oleh sel-sel badan. Jadi mana mungkin makhluk yang tidak mempunyai jasad mampu untuk menumpahkan darah?

Berbeza Manusia Yang berakal & Bertamadun dan Tidak berakal serta tidak Bertamadun!

Jikalau rangka dan tengkorak yang ditemui berusia 14,000 ini di Lembah Nenggiri iaitu Gua Keldung ini lebih tua dari Nabi Adam AS, adakah ianya digelar sebagai SAPIENS makhluk yang mempunyai jasad yang tidak berakal yang saling berbunuhan sesama sendiri  sebagaimana yang disoal oleh Malaikat kepada Allah itu..?

Sebagaimana Allah lenyapkan makhluk-makhluk Dinasor yang lain, begitu juga Allah pupuskan Makhluk seperti manusia yang digelar SAPIEN ini, supaya mereka tidak berevolusi sehinggalah Allah mencipta Khalifah yang mempunyai akal untuk menggantikan tempat SAPIEN.

Mukjizat Al-Quran semakin diyakini dan terungkai. Pertemuan Mek Keldung di lembah Nenggiri ini sebenarnya adalah mesej dari langit yang membenarkan Al-quran yang diturunkan 1400 tahun yang lalu mengenai pertumpahan darah yang berlaku sebelum penciptaan Nabi Adam AS.

VIA YOUTUBE BERNAMA TV

Apa-apa pun, segala kepastian tidak dapat dirungkai sepenuhnya malah dunia adalah tempat menyimpan pelbagai sejarah yang sudah pasti tiada yang mampu untuk meneroka setiap inci penciptaan Allah ini.

Apa kata anda?

mek kaldungmek keldungmek kledung
https://lomp.at/9ls2c
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Langkah Tenang Putera Diraja Tunku Sulaiman Ini Buat Ramai Terpukau

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Social Buzz kembali lagi dengan video yang menjadi buala hangat di laman TikTok. Penampilan YTM Tunku Sulaiman Badlishah, putera kepada...

Read moreDetails
Filem

Kisah Lama Yusof Haslam: ‘Arwah Menangis Minta Saya Buat Kerja Lain’

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Setiap kejayaan yang kita lihat hari ini pasti ada cerita di sebaliknya, dan bagi Datuk Yusof Haslam, legenda industri hiburan...

Read moreDetails
via AI Generated
Destinasi

Dato’ Onn Hafiz Tinjau Taman Awam Teluk Danga, Bakal Dibuka Februari 2026 – Tempat Baharu Santai di Johor Bahru

by Farah Fatihah
December 31, 2025

Kalau Johor sering jadi pilihan untuk short getaway, lepas ini satu lagi lokasi santai boleh masuk dalam senarai. Johor Bahru...

Read moreDetails
Berita

Penampilan Sabronzo Dalam Dres Singkat Undang Pelbagai Reaksi Netizen

by Naddy Joe
January 2, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan DOLLA, iaitu Sabronzo sentiasa menjadi tumpuan netizen disebabkan penampilannya yang seksi. Terkini, dia kembali mengundang...

Read moreDetails
Lokal

Chazynash Bersuara Selepas Dituduh Gagal Beri Nafkah

by Naddy Joe
January 2, 2026

Personaliti media sosial, Chazynash tampil bersuara selepas dituduh gagal memberikan nafkah dan mengabaikan tanggungjawab terhadap bekas isteri, Fatin Morat dan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Langkah Tenang Putera Diraja Tunku Sulaiman Ini Buat Ramai Terpukau

  2. 2

    Kisah Lama Yusof Haslam: ‘Arwah Menangis Minta Saya Buat Kerja Lain’

  3. 3

    Dato’ Onn Hafiz Tinjau Taman Awam Teluk Danga, Bakal Dibuka Februari 2026 – Tempat Baharu Santai di Johor Bahru

  4. 4

    Penampilan Sabronzo Dalam Dres Singkat Undang Pelbagai Reaksi Netizen

  5. 5

    Chazynash Bersuara Selepas Dituduh Gagal Beri Nafkah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore