Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Mekah Tempat Puteri Sarah ‘Healing’ Dan Muhasabah Diri, Akui Bersyukur Berpeluang “Dijemput” Berkali-Kali

by Puteri Alia
December 11, 2023
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Berkelana di Kota Suci Makkah untuk menyempurnakan ibadat haji dan umrah menuntut setiap jemaah menjaga tingkah laku dan ‘belajar menjadi orang baik.’

Biarpun hakikatnya kita insan berdosa dan tidak sebaik mana, paksalah diri untuk menjadi orang baik kerana itulah sebab kita ke sini.

Mudah-mudahan jihad kita untuk menjadi orang baik diperkenan Allah, lantas ia berkekalan bukan saja hingga kita pulang ke tanah air, tapi hingga ke akhir hayat.

Banyak kali berpeluang ke Mekah mengerjakan umrah, pelakon Puteri Sarah Liyana menyifatkan peluang tersebut sebagai rezeki Allah selain mengakui tanah suci adalah tempat terbaik buatnya bermuhasabah diri.

Kata pemilik nama penuh Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu, umrah boleh dilaksanakan beberapa kali oleh semua umat Islam sekiranya mempunyai peluang dan rezeki dijemput ke sana.

“Sejak saya pergi ke Mekah, ramai tanya kenapa asyik pergi umrah? Berapa kali mahu pergi umrah?

“Sebenarnya, tiada had pun untuk seseorang itu pergi mengerjakan ibadah. Semuanya bergantung kepada rezeki dan ini adalah rezeki saya.

“Tempat ini (Mekah) adalah tempat saya healing  sambil beribadah selain muhasabah diri sendiri,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram.

Pelakon drama Hijrah Jannah itu juga memaklumkan, dia sudah menyampaikan kiriman doa peminat di hadapan Kaabah selain turut memohon agar dirinya dijemput sekali lagi ke Tanah Suci bagi menunaikan haji pada masa akan datang.

“Alhamdulillah doa-doa yang anda semua mesej langsung (DM) atau WhatsApp saya sudah bacakan di depan Kaabah.

“Ya Allah panggilah hambaMu yang lemah, hina ini untuk kembali ke sini menunaikan umrah atau haji dengan takdir kekuasaanMu.

“Aku yakin jika Engkau berkehendak maka tidak ada satu pun yang boleh menghalangnya,” tulisnya panjang lebar.

Januari lalu, Puteri Sarah dan dua orang cahaya matanya iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5, bersama-sama menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah

Syamsul Kembali Ceria, Datuk Yusof Haslam Tak Desak Anak Cari Pasangan Baru!
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
puteri sarah
https://lomp.at/a6h7h
Share4Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem