Monday, June 30, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Bisnes

Mahu Ke Korea? Jom Sertai Kempen Pam Dan Menang ‘Jom Jalan-Jalan’ Petron!

Percutian ke Seoul menanti para pemenang dengan kerjasama Organisasi Pelancongan Korea dan ONE TV Asia

by Aphit J.
December 16, 2023
Share on Facebook

Kempen Pam dan Menang Jom Jalan-Jalan yang sering mendapat sambutan ramai di Petron Malaysia telah kembali lagi, kali ini dengan kerjasama Organisasi Pelancongan Korea (KTO) Malaysia serta ONE TV Asia.

Percutian Percuma Ke Korea Selatan

Bermula 1 Disember 2023 hingga 29 Februari 2024, pelanggan Petron Miles (P-Miles) berpeluang memenangi percutian percuma ke Korea Selatan melalui ‘Jom Jalan-Jalan Seoul’, dan impian untuk menyaksikan K-Pop atau K-Drama akan menjadi kenyataan!

Kempen ‘Jom Jalan-Jalan’ pertama telah dilancarkan pada tahun 2021 dengan kerjasama Tourism Malaysia, untuk menawarkan pelanggan setia Petron dengan pakej percutian menarik di Malaysia selepas pergerakan terbatas akibat pandemik.

Diteruskan Pada Tahun 2022

via Petron

Kemudian, ianya diteruskan melalui kerjasama dengan Lembaga Pelancongan Türkiye pada tahun 2022, untuk memberi peluang kepada pelanggan untuk memenangi pakej percutian yang menakjubkan ke Türkiye melalui Turkish Airlines.

Tahun ini, ‘Jom Jalan-Jalan Seoul’ menyasarkan untuk menganugerahkan 62 pemenang bertuah dengan hadiah menarik yang bernilai lebih RM 250,000 dalam tepoh masa sepanjang tiga bulan.

Kempen ini terbuka kepada semua pemegang kad P-Miles dan boleh disertai di lebih 770 stesen minyak Petron di seluruh negara.

Dengan Hanya Pembelian Minimum RM50

via Petron

Dengan pembelian petrol minimum RM50, pemegang kad P- Miles akan mendapat satu penyertaan, manakala pengguna aplikasi mudah alih P-Miles akan mendapat penyertaan lima (5) kali ganda.

Petron juga bekerjasama dengan Malaysian Airlines untuk menyediakan dua (2) penyertaan bagi setiap penukaran mata ganjaran Enrich Miles sepanjang tempoh kempen.

Aktiviti di stesen minyak Petron yang terpilih juga akan berlangsung mulai dari Januari 2024 dengan pelbagai promosi, kedai Pop-Up, serta aktiviti-aktiviti kebudayaan Korea.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen tersebut, sila layari www.petronmiles.com.my .

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
petron
https://lomp.at/a24y5
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

  4. 4

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  5. 5

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem