Monday, June 30, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Dia Susah Senang Bersama Saya Dari Dulu Lagi” – Hafidz Roshdi Dedah Keistimewaan Athira Kepada Umum

by Aphit J.
December 17, 2023
93
KONGSIAN
Share on Facebook

Semalam, penuh di media sosial mengenai berita perkahwinan antara Hafidz Roshdi dan wanita pilihannya, Athira Yuhada.

Memaklumkan Kepada Umum

via BH Online

Hafidz juga turut memuat naik foto dan video akad nikah dengan Athira atau Athira Yuhada Ab Ghafar di Instagram miliknya sebagai memaklumkan sudah kembali bergelar suami.

Menurut BH Online, Hafidz turut mendedahkan bahawa Athira juga merupakan cinta pertamanya sejak dia berusia 15 tahun lagi.

Saya kenal dengan Athira sejak umur 15 tahun. Dia cinta pertama saya. Biasalah, ketika itu bercinta on and off…

Kejap bercinta, kejap putus.

Kami kembali menjalinkan hubungan dan rancang berkahwin selepas saya dan isteri bercerai.

Dia juga menyatakan bahawa cinta antara dia dan Athira hanya kembali bertaut selepas beberapa bulan pelakon itu sah bercerai dengan isteri iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri pada Julai lalu.

Sentiasa Bersama Ketika Dalam Kesusahan

via BH Online

Hafidz juga turut menyatakan keistimewaan Athira dimana dia adalah wanita yang sentiasa bersamanya ketika dia sedang mengalami kesusahan.

Athira terima saya seadanya, sentiasa ada semasa saya susah. Dia susah senang bersama saya dari dulu lagi. Dari saya tidak mempunyai apa-apa lagi.

Hafidz berkata, Athira seorang yang baik hati selain setia berada di sampingnya ketika dia tidak mempunyai apa-apa sejak dari dahulu lagi.

Merancang Berjumpa Anak-Anak

via BH Online

Dalam masa sama, Hafidz juga merancang membawa Athira bertemu dua anaknya iaitu Humairah dan Umar dan mengharapkan agar ikatan perkahwinan itu akan berkekalan sehingga ke syurga.

Sekadar rekod, sebelum ini nama Athira menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen apabila dia didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga Hafidz dan Shuhada.

Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia 3 tahun.

Hafidz Roshdi Terlepas! Kes Tampar Shuhada Tamat Tanpa Hukuman

Pasangan itu bagaimanapun sah bercerai pada 27 Julai lalu selepas Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor menetapkan lafaz yang dibuat Hafidz terhadap Shuhada pada 22 Februari lalu sah.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1
Athira Yuhadahafidz roshdi
https://lomp.at/a4ath
Share37Tweet23SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

  4. 4

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  5. 5

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem