Terdahulu, pelakon wanita yang merupakan anak kepada Allahyarham Azmil Mustapha iaitu Alya Iman memuat naik satu gambar yang mencetuskan kekecohan di laman instagram. Di mana dia memuat naik gambar dan video tidak lagi bertudung dengan kapsyen “Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin”.
Alya sebelum ini dikenali dengan penampilan yang menutup aurat, serta dia kelihatan ayu dan sopan semasa tampil di kaca televisyen, namun dia memutuskan untuk tidak lagi bertudung buat masa kini, kerana dia menyatakan bahawa semasa dia mamakai tudung dia tidak jadi dirinya yang sendiri serta tidak mahu hipokrit.
“Makin Cantik Dan Lawa”
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @fadhlimasoot yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.8 juta, tanda suka sebanyak 96 ribu dan sebanyak 631 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Alya Iman bersama Fadhli Masoot sedang melakukan Lip Sync dari Indonesia yang menunjukkan pasangan yang sama-sama mempunyai ego untuk tidak meminta maaf.
@fadhlimasoot Macam mana nak rujuk kalau ego memasing tinggi? Ada je yang suka kitorang berpisah. Kan tak sama tinggi 🙂 #syurgaitubukanmudah #FarMan
Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga memuji Penampilan Alya Iman yang berambut pendek tampak seperti pelakon dan model terkenal Malaysia iaitu Zahnita Wilson.
“Alya Iman cantik, melayu tak mix pon lawa giler!”
“Alya Iman ni actually ada bentuk muka 80an, macam Nabila Huda”
“Tadi ingatkan Alya Iman tu Zahnita masa muda”-kata mereka
Apa-apa pun, semoga Alya Iman dan Fadhli Masoot dapat menghasilkan lakonan yang hebat untuk merwarnai karya-karya tanah air kita ini. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.