• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Update Viral

Robot Serang Manusia, Jurutera Tesla Mengalami Luka Ditusuk Kuku Logam Robot Yang Gagal Berfungsi

by Puteri Alia
December 27, 2023
Share on Facebook

Manusia dan robot diibaratkan akan menjadi rakan. Itu jangkaan yang berlaku pada masa hadapan, impak daripada kepesatan pembangunan teknologi kecerdasan buatan (AI) di dunia termasuk Malaysia.

Ini kerana penggunaan robot (mesin) menjadi lebih meluas dan manusia akan bergantung kepada robot.

Robot berserta dengan AI ini berfungsi sebagai sistem yang melaksanakan tugasan tertentu secara serupa atau melangkaui kepintaran manusia.

Tugas itu termasuk membantu membuat ramalan mengenai sesuatu perkara, memudahkan proses menyelesaikan masalah dan membantu membuat keputusan dengan tepat.

Berbahas soal ini, baru-baru ini seorang jurutera Tesla luka di tangan kiri akibat diserang oleh jentera robot yang rosak semasa memprogram dua lagi jentera robot kilang Tesla yang gagal berfungsi.

Menurut laporan Harian Metro, jurutera itu diserang oleh jentera robot yang diprogram untuk mengangkat dan memindahkan bahagian-bahagian kereta yang baharu diperbuat daripada aluminium di Gigafactory Texas Tesla berdekatan Austin, memaksa dua rakan sesekerjanya menutup butang kecemasan setelah melihat kesan darah akibat serangan itu.

Jentera robot itu dilaporkan menekan jurutera itu dan menusuk kuku logamnya ke bahagian belakang dan lengan pekerja itu menyebabkan “luka dalam”, menurut laporan itu.

Akhbar itu memetik Tesla sebagai berkata bahawa jurutera itu tidak memerlukan cuti sakit.

Walaupun Tesla tidak melaporkan kecederaan lain yang berkaitan dengan jentera robot di kilang itu kepada pihak berkuasa, insiden itu mencetuskan kebimbangan mengenai risiko jentera robot automatik di tempat kerja, merujuk kepada peningkatan kecederaan akibat jentera robot di pusat penghantaran Amazon, pembedahan oleh jentera robot, kereta pandu sendiri serta pengajar catur robot.

Lelaki ‘Kena Tinggal’ Dengan Teman Wanita AI, Netizen Tak Boleh Brain
AIrobotTesla
https://lomp.at/80nq1
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

via Tiktok @ayiyaaaaaaaa
Sosial Buzz

Aliyah Balqis Dakwa Kekasih Curang Bersama Sahabatnya, Jule- “Kenapa Kau Buat Aku Macam Ni?”

by Farah Fatihah
December 15, 2025

Baru-baru ini, isu melibatkan pempengaruh Aliyah Balqis atau lebih dikenali sebagai Aya hangat diperkatakan di media sosial apabila dia memuat...

Read moreDetails
via TikTok
Berita

[VIDEO] Rider Grab Tak Percaya Terima Tips Besar Dari Pelanggan

by Iffah Najwa
December 17, 2025

Satu perkongsian video di TikTok baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila memaparkan detik luar biasa apabila melibatkan seorang penghantar makanan...

Read moreDetails
Hollywood

Brad Pitt ‘Ganti Wajah’ Watak Ikonik Léon, Video AI Ini Cetus Debat Panas Netizen

by Iffah Najwa
December 25, 2025

Satu video janaan kecerdasan buatan (AI) yang tular baru-baru ini di platform X kembali menghidupkan perbincangan hangat mengenai had sebenar...

Read moreDetails
Foto - @nraishahnn (TikTok) / @aliffsyukriterlajaklaris (IG)
Viral

[VIDEO] Aliff Syukri Puji Wanita, Netizen ‘Up’ Video Lama- “Teringat Cerita Datin… YTJT”

by Nurul A.
December 16, 2025

Nampaknya, ada udang di sebalik batu. Nama usahawan sensasi Malaysia, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi menjadi perbualan ramai apabila...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  3. 3

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  4. 4

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore