Memandangkan kita baru sahaja memasuki tahun 2024, Miss Murai ada ternampak sebuah posting yang menarik daripada selebriti Nana Mahazan. Menerusi posting miliknya itu, Nana berkongsikan empat tips kurus sempena tahun baru.
Memiliki badan yang kecik molek, membuatkan ramai orang termasuklah Miss Murai tertanya-tanya bagaimana ibu kepada dua orang anak ini menjaga badannya di usia 41 tahun.
Kalau kamu nak tahu, Miss Murai kongsikan apa empat tips kurus Nana Mahazan di bawah;
Yang pertama adalah setkan matlamat kecergasan kamu. Caranya adalah dengan kenal pasti berapa berat yang ingin diturunkan, berat badan ideal dan sebagainya.
Yang kedua pula, kamu perlu tahu pelan apa yang sesuai dengan badan. Pilih satu pelan kecergasan dan berdisplin dalam lakukannya. Pastikan bila kamu lakukan pelan kecergasan hari ini, ia akan berulang-ulang sampai hujung tahun atau ketika mencapai target.
Yang ketiga, Nana syorkan untuk lakukan kecergasan bersama dengan rakan. Ajak rakan rapat untuk bersenam bersama bagi menggalakkan dan memberi motivasi antara satu sama lain.
Yang terakhir adalah kawal nafsu makan. Kongsi Nana, kawal nafsu makan bukan bermakna kamu perlu ‘cut’ terus makanan tersebut, tetapi kawal kuantiti pengambilannya dan jangan berlebihan.
Semoga bermanfaat!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.