• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Kau Tau Tak Ini Bukan Bapa Kau”- Achey Berang Mulut Puaka Saudara Cakap Lepas Depan Anak Angkatnya

by Puteri Alia
January 3, 2024
Share on Facebook

Amalan mengambil anak angkat kini semakin diterima masyarakat, bagaimanapun ia bukan sesuatu yang mudah, bahkan ada pasangan yang perlu berhabis wang ringgit bagi tujuan itu.

Mengambil anak angkat merupakan satu tindakan yang amat digalakkan, lebih-lebih lagi jika si anak itu merupakan anak yatim. Ini pastinya dapat membela kehidupan si anak ke arah yang lebih baik dan terjamin.

Namun tidak dinafikan, ia tidak semudah seperti apa yang dijangka. Kadangkala perlu menelan pelbagai cacian mahupun hinaan orang sekeliling kerana tidak dapat melahirkan zuriat sendiri sehingga perlu mengambil anak angkat.

Masih boleh berdiam apabila diri dihina, pelawak Achey bagaimanapun tidak mampu menahan sabar melihat anak angkatnya, Tiara Zinnirah menjadi sasaran sikap biadab segelintir individu yang juga saudara terdekat.

Katanya, pernah terjadi insiden yang mencetuskan kemarahan sebaik mendengar mulut jahat ‘sentuh’ emosi permata hatinya yang mendorong dia nyaris bertindak sebelum ditenangkan isteri.

“Perkataan mandul, tak subur dan sebagainya sudah biasa saya dengar dan cakap ‘engkau ni masalah’, saya cuma diam. Tapi ada satu kenduri depan anak saya dia kata ‘kau tau tak ini bukan bapa kau’.

“Rasa nak sepak pakcik tu, sebab dia tak jaga mulut isteri dia. Ketika itu saya tak okey (marah), orang rumah terus bangun gosok belakang minta saya sabar.

“Nak ‘tembak’, ‘tembak’ saya saja, bukan anak. Tak tahu apa yang dia cemburu atau didengkikan. Orang luar saya masih boleh buat tak peduli, tapi ini dilafazkan individu terdekat,” katanya.

Menurut pemilik nama lengkap Mohd Nasir Hamzah, 37, itu, soal belum dikurniakan zuriat sendiri selepas 12 tahun mendirikan rumah tangga dengan isteri, Nor Hasanah Yahaya dianggap sebagai ujian Allah.

[VIDEO] Reaksi Achey Lihat Aksi Anaknya Memancing, Buatkan Ramai Terhibur

Katanya, mereka berdua masih belum berputus ada untuk berikhtiar malah pernah mencuba pelbagai usaha termasuk Persenyawaan In Vitro (IVF).

Terdahulu, Achey dan isterinya mengambil Tiara yang kini berusia lima tahun sebagai anak angkat pada 2018.

achey
https://lomp.at/zp8xz
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Tiz Zaqyah Sebak Terima Limpahan Doa, Bakal Nikah Dengan Kenalan Sejak Kecil, Persiapan Baru 50 Peratus

by Puteri Alia
November 21, 2025

Pelakon berbakat Tiz Zaqyah tidak dapat menahan sebak apabila menerima limpahan doa dan ucapan tahniah selepas mendedahkan bahawa dia bakal...

Read moreDetails
Foto - @ceraicoach (IG) / @uqashasenrose2 (IG)
Lokal

Coach Cerai Jelas Hubungan Dengan Uqasha Senrose, Dakwa Belum Mula Sesi ‘Coaching’

by Nurul A.
December 22, 2025

Nampaknya isu perceraian antara aktres Uqasha Senrose dan aktor Kamal Adli masih lagi menjadi bualan hangat ramai selepas munculnya sosok...

Read moreDetails
Lokal

Nora Danish Buktikan Wanita Berhijab Juga Mampu Berfesyen Menerusi Amber Oasis 2.0: Mirage

by Naddy Joe
November 3, 2025

Pelakon terkenal, Nora Danish  terus mencuri perhatian apabila tampil mempesona dengan imej berhijab sejak Julai 2024. Penampilannya yang sopan namun...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Peminat Teruja Dengar Erysha Emyra Menyanyi-“Tak Sangka Suara Dia Sedap”

by Noah Ab
October 1, 2025

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Erysha Emyra yang menyanyi sambil beramah mesra dengan peminat peminatnya itu. https://www.tiktok.com/@trprsfghtrs/video/7554919291875904786?_t=ZS-90A2AqB7jOB&_r=1 Rata-rata...

Read moreDetails
Lokal

Baby Bump Jadi Bualan, Watie Hanifiah Akui Trauma Lepas Keguguran – “Minta Doakan Bukan Berteka-Teki”

by Puteri Alia
November 10, 2025

Spekulasi mengenai kehamilan isteri kepada pelawak dan usahawan terkenal Shuib, iaitu Watie Hanifiah, semakin hangat diperkatakan selepas sekeping foto romantik...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Engku Imran Titip Penghargaan Buat Soraya Ann, Anak Aisyah Sinclair

  2. 2

    ‘Happy Wife, Happy Life’, Netizen Cair Tengok Suami Jannah Nick Pandai Jahitkan Topi Isteri

  3. 3

    Anak Vincent Tan, Chryseis Tan Dedah Wajah & Nama Cahaya Mata Ketiga Bersama SM Faliq

  4. 4

    [VIDEO] Ifa Raziah Redha Terpaksa Berpisah Dengan Pembantu Rumah-“16 Tahun Bukan Masa Yang Singkat..”

  5. 5

    Ariff Bahran Kesal Diperlekehkan ‘Otai Konsert’ Isu Ditipu Penganjur?-Saya Mengaku Masih Baru Tapi..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore