Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Viral

Meskipun Ada Negeri Yang Dilanda Banjir, Peperiksaan SPM 2023 Tetap Diteruskan Seperti Dirancang Bermula Isnin Ini

by Puteri Alia
January 5, 2024
Share on Facebook

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang dijadualkan bermula Isnin ini, akan diteruskan seperti dirancang.

Memetik laporan penuh sumber Berita Harian, beliau menjelaskan bahawa kementerian sudah membuat persediaan awal berdepan bencana banjir membabitkan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Katanya, sebelum ini kementeriannya sudah ada pengalaman menguruskan calon SPM yang berdepan masalah banjir selain kesukaran sekiranya terputus hubungan jalan.

“Kementerian sudah menjalin kerjasama dengan agensi lain berkaitan bagi memastikan kelancaran perjalanan peperiksaan SPM 2023.

“Kerjasama yang diadakan adalah bagi membantu membawa calon ke pusat peperiksaan, “katanya.

Bantuan banjir berjumlah RM300,000 hasil sumbangan badan bukan kerajaan dan perseorangan ini membabitkan barangan keperluan untuk diagihkan kepada mangsa di Kota Bahru, Kuala Terengganu dan Kuantan.

Secara keseluruhan, seramai 395,870 orang calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2023 di 3,340 pusat peperiksaan seluruh negara.

Peperiksaan SPM akan bermula pada 8 hingga 11 Januari ini bagi Ujian Bertutur Bahasa Melayu manakala 17 hingga 23 Januari iaitu Ujian Bertutur Bahasa Inggeris; 29 Januari iaitu Ujian Mendengar Bahasa Melayu; 29 Januari iaitu Ujian Mendengar Bahasa Inggeris dan 30 Januari hingga 7 Mac iaitu Peperiksaan Bertulis.

Murai My di sini ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua bakal calon SPM 2023.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Keputusan SPM 1A-, Ada Kisah Sayu Disebaliknya
banjirSPMSPM 2023
https://lomp.at/en32m
Share4Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem