Thursday, June 19, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Dilabel Tidak Fikir Soal Agama, Netizen Kecam Pandangan Rosyam Noor Setuju Rumah Pelacuran Patut Wujud Di Malaysia

by Puteri Alia
January 8, 2024
31
KONGSIAN
Share on Facebook

Umum bersetuju bahawa pelacuran adalah salah satu kebejatan sosial yang seharusnya tidak berlaku di negara kita.

Bagaimanapun, selagi ada permintaan, kegiatan tidak bermoral itu terus berjalan di lokasi-lokasi ‘panas.’

Bayaran lumayan menjadi pendorong ribuan wanita warga asing menjadikan negara ini sebagai destinasi pilihan menjalankan aktiviti persundalan.

Namun begitu, berbeza pula padangan pelakon senior, Datuk Rosyam Nor yang meluahkan pandangan peribadi apabila bersetuju dengan kewujudan rumah pelacuran di negara ini.

Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, 57, berasakan perkhidmatan itu dapat membantu mengurangkan kes rogol melibatkan warga asing yang semakin meningkat.

“Pusat pelacuran perlu sebenarnya sebab di negara kita ada lebih kurang tiga juta pendatang asing yang bekerja di sini.

“Bini mereka ditinggalkan pula. Namanya pun lelaki, kalau dia tidak lepaskan (nafsu), dia mahu ‘tonjol’ di mana?

“Mereka (warga asing) tengok anak dara dan bini kita, silap-silap dia rogol, boleh sampai ke tahap itu,” katanya menerusi siri podcast Hitam Putih Kehidupan yang dimuat naik dalam aplikasi TikTok.

Bimbang dengan situasi yang berkenaan, pelakon filem Juang itu berharap kewujudan rumah pelacuran setidak-tidaknya dapat menangani peningkatan bilangan kes jenayah melibatkan seksual di Malaysia.

“Sebab mereka duduk sini, malam dah tidak bekerja. Dia pun tengok benda yang sama, pornografi juga.

“Jadi, apabila ada rumah pelacuran, sekurang-kurangnya dia pergi ‘bayar’ di sana. Ini pandangan peribadi saya sahaja, mungkin salah atau betul,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, pandangan Rosyam tidak dipersetujui netizen yang lebih mementingkan ilmu agama dalam melakukan sebarang keputusan.

“Haram tetap haram. Orang kalau ada masalah dari segi seksual memang akan tetap bermasalah walaupun ada pusat pelacuran,” kata netizen.

“Kalau Islam dan tahu zina itu haram. Jika dia tahan pasti dia ‘berpuasa’,” ujar netizen.

“Bila benarkan ini berlaku mereka hanya akan lebih berfantasi untuk berhubungan dengan orang tempatan,” jelas pengikut

What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

rosyam noor
https://lomp.at/medk1
Share12Tweet8SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  3. 3

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

  4. 4

    “Tak Kisah Kalau Ejen Ali Potong Filem Keluarga Kami”-Syafiq Yusof Tak Mahu Lagi Dibelenggu Takhta Filem No. 1 Malaysia

  5. 5

    David Beckham Selepas Bersara- Kini Tinggal Di Kampung, Berkebun & Bela Ayam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem