Friday, June 27, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Datuk Rosyam Nor Mohon Maaf Atas Keterlanjuran Kata Berkait Isu Sokong Wujud Rumah Pelacuran Di Malaysia

by Puteri Alia
January 9, 2024
18
KONGSIAN
Share on Facebook

Cadangan membuka rumah pelacuran khusus untuk pekerja asing, tidak boleh diterima sama sekali kerana ia bukan sahaja bertentangan dengan peruntukan undang-undang sivil dan syariah, bahkan bertentangan dengan prinsip-prinsip ajaran Islam dan Maqasid al-Syariah.

Terdahulu, menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Na’im Mokhtar menegaskan, dalam mencari penyelesaian (kes rogol melibatkan pekerja asing) kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan lain.

Berkait rapat soal isu ini, selepas mencetuskan kekecohan susulan pandangan mengenai keperluan kewujudan pusat pelacuran di negara ini, aktor senior Datuk Rosyam Nor tampil membuat permohonan maaf atas keterlanjuran katanya.

Pelakon yang juga usahawan terkenal itu tidak menyangka kenyataan yang dikongsikan dalam sebuah video podcast terbitan syarikatnya akan menjadi tular sehingga disalah anggap dan  mendapat pelbagai reaksi ramai.

“Kecoh satu dua hari ini pasal isu rumah pelacuran kononnya saya ada buat kenyataan.

“Apa-apa hal pun saya minta maaf dulu sebab tak sangka benda ini akan jadi viral,” katanya menerusi hantaran di Instagram (IG), hari ini.

Sehubungan itu, pemilik nama sebenar Mohamed Noor Shamsuddin, 56, menggesa orang ramai menonton video penuh yang dimuatnaik ke akaun TikTok Suhan Channel sebelum membuat sebarang tanggapan.

“Sebenarnya itu untuk program podcast saya dekat Suhan Channel. Itu adalah perbincangan, jadi saya rasa baik semua orang kalau ada masa pergi ke Suhan Channel.

“Tengok keseluruhan video apa yang dibincangkan. Terima kasih kerana peka dengan keadaan, sekali lagi saya minta maaf atas kecelaruan yang berlaku,” ujarnya.

Bagaimanapun, aktor yang juga penerbit prolifik itu bertegas, perkara yang disampaikan hanyalah pandangan peribadi selain meminta penonton untuk menilai sendiri.

Rentetan kenyataan sarat kontroversi itu, Rosyam ‘diserang’ netizen selain meraih respons agamawan termasuk Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

rosyam nor
https://lomp.at/d1md1
Share7Tweet5SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  2. 2

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  3. 3

    Datuk Rosyam Nor Mohon Maaf Atas Keterlanjuran Kata Berkait Isu Sokong Wujud Rumah Pelacuran Di Malaysia

  4. 4

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem