Kezaliman tentera rejim zionis yang kononnya mahu membanteras Hamas terus terpapar jelas apabila nyawa orang awam terus melayang akibat serangan Israel. Bukan sahaja diceroboh, malah rumah yang menjadi tempat perlindungan dimusnahkan tanpa belas kasihan.
Sebagai contoh, tragedi memilukan terus terpampang di dada-dada akhbar seperti wanita warga emas Palestin ini yang ditembak mati penembak tepat tentera Israel ketika tangan cucu masih berpaut padanya dan mengibarkan bendera putih.
Menurut sumber Middle East Eye (MEE) melaporkan, Hala Rashid Abd Al-Ati sedang berjalan bersama beberapa penduduk Palestin lain ketika mereka cuba melarikan diri dari kejiranan Al-Rimal di Bandar Gaza ke Rafah, selatan Gaza, 12 November lalu.
Memetik laporan penuh sumber Harian Metro, wanita itu meninggal dunia sambil tangannya berpaut dengan cucunya yang mengibarkan bendera putih.
Berdasarkan rakaman video yang diperoleh secara ekslusif, Hala terbunuh terkena peluru dilepaskan tentera Israel ketika dia melalui jalan raya berdekatan Jalan Al-Wihda.
Seorang lelaki Palestin daripada kumpulan itu dilihat berlari ke arah Hala untuk memeriksa keadaan wanita itu ketika cucunya yang berusia lima tahun Taim berlari untuk mencari perlindungan.
Ahli keluarga Hala berkata, keputusan untuk melalui laluan itu keluar dari Bandar Gaza dibuat selepas mereka berhubung beberapa kali dengan Palang Merah.
Katanya, sebaik mereka keluar ke tengah jalan dia melihat ibunya rebah ke tanah ketika bunyi tembakan kedengaran.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.