Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

‘Meroyan’ Dengan Kisah Cinta Lama, Pengurus Aiman Dan Zahirah Macwilson Maklum Pasangan Bahagia Ini Tidak Terkesan

by Puteri Alia
January 12, 2024
99
KONGSIAN
Share on Facebook

Kata orang, perkahwinan umpama sebuah ‘perjudian’. Ini kerana perkahwinan yang dibina tidak sentiasa indah.

Pelbagai cabaran dan konflik yang akan dihadapi oleh pasangan sepanjang melalui bahtera rumah tangga.

Cabaran dan konflik ini boleh membawa kepada penceraian sekiranya tidak diurus dengan baik.

Antara cabaran yang dihadapi dalam perkahwinan adalah gangguan orang ketiga dalam rumahtangga.

Meskipun, tidak ada takrifan yang khusus berkenaan orang ketiga kerana sesiapa sahaja boleh menjadi orang ketiga dalam suatu hubungan suami isteri.

Namun secara amnya orang ketiga adalah pihak yang cuba untuk mengeruh, mengganggu serta meruntuhkan sesebuah institusi kekeluargaan.

Selepas beberapa kali nama dipetik pelakon Fatiya Latiff, wakil pengurusan pasangan selebriti, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Redza iaitu Min Yasmin memaklumkan keadaan artisnya berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Dia turut memberitahu bahawa kedua-dua selebriti itu tetap menjalankan kerja harian mereka seperti biasa tanpa terkesan dengan apa yang jadi.

“Tiada komen daripada mereka berdua. Dalam masa sama, kerja berjalan seperti biasa,” katanya.

Sementara itu, menurut sumber laporan Kosmo, pengurus selebriti itu turut berkongsi perkembangan seni yang sedang berjalan buat pasangan selebriti ideal tersebut.

“Aiman baru sahaja selesai penggambaran dengan filem Harimau Malay The Untold Journey.

“Dia juga akan masuk ke set penggambaran sebuah drama terbaharu dalam masa terdekat.

“Zahirah pula sepatutnya mula penggambaran untuk filem sama dan sebuah drama tetapi terpaksa tarik diri selepas mengetahui berita kehamilan anak keduanya,” ujarnya lagi.

Dalam masa sama, pengurus memaklumkan, Zahirah akan berehat sementara waktu namun tetap aktif dengan komitmen dan kempen dengan jenama dalam serta luar negara.

Terdahulu, Fatiya mengejutkan ramai apabila melabel wajah Zahirah seperti pembantu rumah dan menuduh aktres itu melakukan pembedahan plastik pada bibir.

[VIDEO] Zahirah Macwilson Kongsi Momen Pergi 'Workout', Netizen Terpegun!-"Cepat Gila Dia Kurus Balik..."
What’s your Reaction?
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
aiman hakimzahirah macwilson
https://lomp.at/vwvwy
Share40Tweet25SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem