Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Pernah Keguguran 2 Kali Ketika Umrah Pada Tahun 2022, Uqasha Senrose Kini Lebih Berhati-Hati Untuk Kandungan Ke-3

by Puteri Alia
January 15, 2024
22
KONGSIAN
Share on Facebook

Menjaga diri saat hamil amat penting untuk kesejahteraan jangka panjang bagi ibu dan kandungannya. Ini kerana tiada siapa mahukan keguguran kandungan berlaku, tetapi hakikatnya ia adalah sebahagian daripada kehidupan yang pahit untuk diterima.

Ia pastinya bukanlah satu pengalaman yang diharap, namun jika kita percaya aturan ketentuan Tuhan, sudah tentu ada hikmah di sebalik setiap kejadian.

Sesungguhnya pengalaman keguguran itu adalah sesuatu yang sukar untuk dilalui, apatah lagi bertahun-tahun menanti kehadiran cahaya mata pertama.

Bahkan ada yang trauma dengan apa yang berlaku sehingga takut untuk mengandung lagi. Tidak kurang ramai juga yang dapat menerima ketentuan ini dan cuba lagi dan lagi sehingga mereka berjaya juga.

Sebagai contoh, pengalaman dua kali mengalami keguguran membuatkan pelakon jelita, Uqasha Senrose lebih berhati-hati untuk berkongsi berita gembira itu kepada umum.

Menurut sumber sebuah laporan berita online, pelakon jelita ini dijangka melahirkan cahaya mata sulung tahun ini hanya bersedia berkongsi kehamilannya selepas kandungan berada dalam keadaan sihat dan kuat.

“Saya lebih berhati-hati selepas mengalami dua kali keguguran. Apabila orang tanya, saya tidak pernah buka mulut walaupun mereka sudah nampak bentuk ‘baby bump’, lebih-lebih lagi ketika siaran langsung di media sosial.

“Saya hanya berani umumkan hari ini selepas kandungan sudah benar-benar kuat dan sihat. Lagipun saya kena berhati-hati dengan penyakit ‘ain’. Saya tak tahu kalau ada orang yang dengki, tak suka atau gembira dengan kehamilan saya selain bimbang jika kehamilan ini akan mengguris hati pihak yang sekian lama berusaha dan menunggu detik ini.

“Jadi saya tak nak bagi orang terasa dan nak menjaga hati dan perasaan mereka,” katanya.

Menurut Uqasha, dia bersyukur kerana sepanjang kehamilan ini tidak berdepan sebarang alahan teruk.

“Alhamdulillah saya tidak mengalami sebarang alahan termasuk alahan mabuk hamil. Malah, saya juga tidak mengidam makanan atau benda pelik.

“Cuma sepanjang tiga bulan ini saya terpaksa berpisah dengan suami kerana dia terikat dengan komitmen kerja di beberapa negeri,” katanya.

Terdahulu, pelakon yang popular dalam drama Perempuan Tanpa Dosa itu mengesahkan dirinya kini hamil hasil perkongsian hidup dengan pelakon, Kamal Adli.

Uqasha Balas Kecaman Netizen- "Raya Pun Nak Bergosip Fasal Kamal Duduk Bawah?"

Sebelum ini, Uqasha juga pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali iaitu ketika menunaikan umrah pada awal 2022 dan sekitar November pada tahun sama.

Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal pada 5 November 2021 di Bentong, Pahang.

What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
kamal adliuqasha senrose
https://lomp.at/v4of2
Share9Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem