Thursday, June 26, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home #ApaPlan

Cawangan Ke-49 Jaya Grocer Kini Dibuka Di Plaza Shah Alam!-“Promosi Istimewa Bulan Januari”

by Amirul Fikry
January 16, 2024
27
KONGSIAN
Share on Facebook

Jenama pasar raya premium terkemuka di Malaysia, JAYA GROCER telah menyambut permulaan tahun baru yang gemilang dengan pembukaan cawangan ke-49 di Plaza Shah Alam yang merupakan cawangan ketiga di ibu negeri Selangor selepas Plaza Jelutong dan Ardence Labs.

Ketua Pegawai Eksekutif Adelene Foo berkata pelancaran tersebut adalah penghargaan kepada para pelanggan di Shah Alam yang telah me​mberikan sokongan padu kepada jenama tempatan ini.

“Kami membuka cawangan pertama pada tahun 2007 di Selangor, dan setelah hampir 17 tahun, kami bersyukur kerana berjaya membuka cawangan ke-49 kami di ibunegeri Selangor,”-ucap beliau.

Majlis pelancaran hari ini dimeriahkan dengan kehadiran ExcoBelia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor Mohd Najwan Halimi yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik. Beliau bersama tetamu jemputan disambut meriah semasa majlis perasmian tersebut dengan persembahan kompang dan gendang tempatan yang dipersembahkan oleh rombongan tempatan.

Adelene Foo (3rd from left), Chief Executive Officer of Jaya Grocer and Mohd Najwan Halimi (2nd from right), Selangor State Exco Member for Youth, Sports and Entrepreneurship displaying one of the products, Village Park Nasi Lemak Sambal, during a tour of the new Jaya Grocer store at Plaza Shah Alam. Also with them are Dato’ Sri Meer Sadik Habib (left), Director of mall owner Evergreen Venues Sdn Bhd and Joseph Teoh (right), Chief Marketing Officer of Jaya Grocer.

Adelene, semasa menceritakan kehadiran Jaya Grocer di Shah Alam, menyatakan bahawa cawangan pertama di Plaza Jelutong telah dibuka pada 29 September 2012, dan dengan pantas membina reputasi dalam menawarkan produk berkualiti tinggi dan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang. Penduduk sekitar turut membanjiri cawangan keduanya di Ardence Labs, yang membawa kepada pembukaan cawangan ketiganya di Plaza Shah Alam.

“Dengan tiga cawangan strategik kami di Shah Alam, pelanggankini dapat menikmati pengalaman membeli-belah yang lebihmudah dan selesa bersama kami,”-kata beliau.

Dengan permulaan tahun baru yang positif ini, beliau memaklumkan bahawa rancangan memperluaskan rangkaian Jaya Grocer berjalan lancar, dan berharap agar tahun 2024 membawa kejayaan yang lebih gemilang.

“Tahun ini dijangkakan lebih cemerlang sejajar dengan unjuranpertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi yang dikeluarkan oleh kebanyakan badan penyelidikan,”-kata beliau

“Dengan ketiga-tiga cawangan kami yang strategik di bandar ini, pelanggan di Shah Alam dapat menikmati akses yang lebihbesar kepada rangkaian produk premium kami, sekaligus mengukuhkan komitmen kami untuk berkhidmat kepada masyarakat dengan lebih cekap,”-tambahnya.

Adelene Foo (3rd from right), Chief Executive Officer of Jaya Grocer, presenting Mohd Najwan Halimi, Selangor State Exco Member for Youth, Sports and Entrepreneurship, with a souvenir during the launch of Jaya Grocer’s 49th store at Plaza Shah Alam. Looking on are Directors of mall owner Evergreen Venues Sdn Bhd, Stephen Tew (left) and Dato’ Sri Meer Sadik Habib; Daniel Teng (2nd from right), Deputy Chief Executive Officer of Jaya Grocer and Joseph Teoh, Chief Marketing Officer of Jaya Grocer.

Bagi menghargai para pelanggan di Shah Alam, Jaya Grocer menawarkan promosi istimewa mulai 13 hingga 21 Januari untuk pelbagai barangan keperluan seperti sayur-sayuran, ayam, dan daging, serta tawaran menarik untuk produk import dan makanan kucing.

Setelah majlis pembukaan dirasmikan, Jaya Grocer menganjurkan sesi demonstrasi memasak yang dipimpin oleh pengacara TV dan chef selebriti terkenal, Fikree Aznan, yang memukau penonton dengan kemahiran kulinarinya yang mengagumkan. Pelanggan juga berpeluang untuk bergambar bersama Chef Fikree semasa sesi meet-and-greet, di mana ramai yang berkesempatan untuk mendapatkan Apron Mimpikita yang telah ditandatangani oleh beliau.

Seperti cawangan Jaya Grocer yang lain, cawangan Plaza Shah Alam turut menawarkan perkhidmatan membeli-belah dalam talian melalui Grab Mart untuk pengalaman berbelanja yang terbaik kepada pelanggan.

Pelanggan boleh menikmati lebih banyak tawaran nilai dan diskaun setiap bulan melalui program Keahlian Jaya Grocer yang dibawakan oleh Grab. Akses kepada program keahlian initersedia secara terus melalui aplikasi mudah alih Grab. Jadi apa tunggu lagi, bawa keluarga anda untuk membeli belah di Jaya Grocer hari ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Jaya GrocerJaya Grocer Plaza Shah AlamPromosi Jaya Grocer
https://lomp.at/4yo8u
Share11Tweet7SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  2. 2

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  3. 3

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  4. 4

    Cawangan Ke-49 Jaya Grocer Kini Dibuka Di Plaza Shah Alam!-“Promosi Istimewa Bulan Januari”

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem