Thursday, June 19, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Fesyen

Intai Busana YAM Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Sepanjang 10 Hari Istiadat Perkahwinan Diraja

by Soph Azz
January 16, 2024
Foto - Instagram

Foto - Instagram

91
KONGSIAN
Share on Facebook

Hari ini merupakan hari terakhir berlangsungnya 10 hari istiadat perkahwinan diraja Brunei bagi Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Pengiran Muda Abdul Mateen dan Yang Teramat Mulia (YAM) Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah.

Sepanjang minggu yang sibuk ini, tak dinafikan ramai yang ternanti-nantikan istiadat perkahwinan pasangan diraja ini. Bukan itu sahaja, bagi golongan wanita pula; sudah semestinya busana pengantin YAM Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah menjadi fokus utama mereka.

Dan di bawah Miss Murai kongsikan dengan kamu; penampilan yang elegan dan epik YAM Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah sepanjang berlangsungnya istiadat perkahwinan diraja.

6 Januari 2024: Majlis Khatam Al-Quran 

View this post on Instagram

A post shared by Teh Firdaus (@tehfirdaus)

Sopan dan manis penampilannya, YAM Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah menyarungkan sepasang baju kurung yang direka khas oleh pereka tempatan, Teh Firdaus. Memerlukan masa sebulan untuk disiapkan, baju kurung YAM Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah ini menggunakan tenunan Brunei (iaituu tekstil tradisional) di mana kainnya ditenun menggunakan benang emas dan perak.

9 Januari 2024: Pertunangan Diraja 

View this post on Instagram

A post shared by Muash Rosman ?? (@muash.portfolio)

Untuk majlis Pertunangan Diraja pula, YAM Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah mengenakan baju kurung putih yang dilapisi dengan renda. Menariknya, kain baju kurung ini merupakan kain renda Perancis yang dibeli dari London. YAM Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah turut meminta pereka untuk menyulam mutiara secara manual di baju kurungnya kerana sangat menghargai craftmanship.

10 Januari 2024: Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja 

View this post on Instagram

A post shared by Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Binti Adam ? (@support.anishaik)

Menyarungkan persalinan baju songket tradisional dalam rona merah dengan hint emas, YAM Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah melengkapkan penampilannya dengan mahkota emas tinggi. Menariknya di bahagian mahkotanya itu, kamu akan perasan perincian bunga-bunga emas, putih dan kuning serta batu berwarna ungu seperti zamrud. Di atasnya pula terdapat bentuk bot naga yang berkepala dua yang mempunyai batu ungu dan juga emas.

11 Januari 2024: Majlis Akad Nikah Diraja 

View this post on Instagram

A post shared by The Royal Watcher (@the_royal_watcher)

Ketika majlis Akad Nikah Diraja, YAM Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah hanya mengenakan baju kurung moden berona putih dengan bersama sulaman renda di bahagian lengan. Penampilannya itu dilengkapkan dengan sehelai selendang yang menutup sebahagian kepalanya.

14 Januari 2024: Majlis Istiadat Bersanding & Berarak Pengantin Diraja 

View this post on Instagram

A post shared by Mateen (@tmski)

Semasa Majlis Istiadat Bersanding & Berarak Pengantin Diraja, YAM Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah menggayakan sepasang gaun dalam potongan A-line dengan sulaman veil yang dramatik. Isteri Pengiran Muda Abdul Mateen ini turut membawa sejambak bunga kecil yang diperbuat daripada perak dan hiasan permata.

15 Januari 2024: Majlis Persantapan Diraja 

View this post on Instagram

A post shared by Rudolf Portillo (@rudolfportillo)

Yang terakhir adalah Majlis Persantapan Diraja. YAM Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah menggayakan gaun panjang dalam rona nude yang disulam dengan batu permata di atasnya. Turt sedondon dengan clutch yang dipegangnya, YAM Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah melengkapkan penampilannya itu dengan sebuah mahkota, anting-anting dan juga cincin berlian.

Memang glamor habis YAM Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah sepanjang 10 hari ini. Apa pun selamat pengantin baru DYTM Pengiran Abdul Mateen dan YAM Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

baju dayang anishabaju pengantin dayang anishadayang anisha rosnahputera mateen
https://lomp.at/ked0e
Share36Tweet23SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  3. 3

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

  4. 4

    “Tak Kisah Kalau Ejen Ali Potong Filem Keluarga Kami”-Syafiq Yusof Tak Mahu Lagi Dibelenggu Takhta Filem No. 1 Malaysia

  5. 5

    David Beckham Selepas Bersara- Kini Tinggal Di Kampung, Berkebun & Bela Ayam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem