Sunday, September 21, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selera

The Westin KL Bawa Pengunjung Rasai Pengalaman Di Kampung Nelayanku

by Naddy Joe
February 6, 2024
21
KONGSIAN
Share on Facebook

Meraikan bulan Ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi serta perhubungan keluarga dan rakan-rakan di Buffet Ramadhan Kampung Nelayanku di The Westin Kuala Lumpur bermula 14 Mac sehingga 7 April 2024.

Keenakan dan aroma hidangan tradisional popular perkampungan nelayan di The Living Room, yang disediakan oleh pasukan kulinari restoran, diketuai oleh Chef Hamid Buyong di The Westin Kuala Lumpur.

Gaya Masakan Perkampungan Nelayan Malaysia

Nikmati pelbagai hidangan makanan laut yang dimasak dengan menggunakan resepi yang sinonim dengan gaya masakan perkampung nelayan Malaysia di Kampung Nelayanku, The Westin Kuala Lumpur. Hidangan ini termasuklah Lala Buloh Masak Pedas, Ikan Keli Cili Hijau, Ikan Keli Goreng Berlado, Siput Sedut Masak Gemuk Cili Api, Kari Nanas, Siput Reed Masak Halia, Sambal Udang Petai, Udang Masak Cili Telur, Udang Kari Nanas, Kari Kepala Ikan Bendi, Kepala Ikan Asam Pedas Bendi, dan banyak lagi. Kesemua hidangan ini akan dihidangkan secara bergilir-gilir sepanjang bulan istimewa ini.

Empat Hidangan Rendang Istimewa

Tidak lengkap hidangan pada bulan ini tanpa juadah Rendang, dan pengunjung tidak akan kecewa di The Living Room kerana chef akan menyajikan empat Rendang Istimewa termasuklah, Rendang Udang, Rendang Kerang, Rendang Ayam Kampung Hijau dan Rendang Daging Pahang. Hidangan Rendang akan disertakan bersama Lemang Putih, Lemang Hitam, Ketupat Palas, Ketupat Daun Kelapa dan digandingkan bersama Serunding Daging, Serunding Ayam dan Serunding Kelapa.

Bakar-Bakar Muara

Setiap buffet semestinya seharusnya mempunyai hidangan bergoreng dan panggang. Pengunjung dapat menikmati hidangan ini di live roasting station, ‘Bakar-Bakar Muara’ di belakang restoran, di tepi pintu masuk.

Bakar-Bakar Muara akan menampilkan hidangan kegemaran rakyat Malaysia, iaitu Kambing Golek yang akan dipanggang menggunakan dua resepi berbeza secara bergilir-gilir setiap hari.

Pengunjung juga dapat menikmati hidangan Maghribi yang digandingkan bersama Nasi Kabsah dan Telur Saffron, atau Berempah, dihidangkan bersama Nasi Minyak Terengganu dan Telur Saffron, Ketumbar dan Kismis Hitam. Turut terdapat di ‘Bakar-Bakar Muara’, adalah Otak-Otak Muar, Ikan Bakar Sumbat dan Sotong Kunyit.

Sebagai tambahan hidangan tradisional, terdapat juga stesen khusus Bubur Lambuk yang menyajikan hidangan bubur nasi panas dengan perasa, hidangan makanan Cina, India, kegemaran kanak-kanak, dan juga noodle counter.

Seksyen Dapur Manis Kak Su & Abang Pit

Hidangan pencuci mulut pula, pengunjung akan disajikan dengan pelbagai pilihan di Seksyen Dapur Manis Kak Su dan Abang Pit. Kepelbagai pencuci mulut seperti Bubur Pulut Hitam, Pengat Pisang Sago, Bubur Kacang Hijau Bersama Durian, Dodol, Tapai Ubi dan Tapai Pulut, Kuih Ketayap, Kuih Seri Muka, Kuih Popiah Sambal, Kuih Talam, Ais Krim Potong dan banyak lagi.

Untuk mengiringi kesemua hidangan mewah ini, The Living Room akan menyediakan pelbagai minuman termasuklah kegemaran rakyat Malaysia, Nescafe Tarik, Neslo, Teh Hijau Danok, Teh Ais Sayang Buih, Susu Jagung, Soya Cincau, Basil Bandung, Air Ribena Laici, dan Kopi Ais.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

HARGA BUFFET KAMPUNG NELAYANKU

RM228 nett seorang (dewasa)

RM110 nett seorang (kanak-kanak)

*Kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah makan secara percuma.

* Semua harga dalam nett adalah termasuk cukai semasa

PROMOSI EARLY BIRD

Baucar Early Bird hanya akan tersedia untuk pembelian di TheWestinKLEshop . Untuk membeli baucar Early Bird, sila layari www.thewestinkleshop.com

1 – 14 Februari 2024

RM150 nett seorang (dewasa sahaja)

Voucher Dining Dates:

  • 14 – 18 Mac 2024
  • 3 – 7 April 2024

15 Februari – 13 Mac 2024

RM175 nett seorang (dewasa sahaja)

Voucher Dining Date:

  • 14 Mac – 7 April 2024

Diskaun (sah pada harga biasa sahaja)

  • Diskaun 20% untuk ahli Club Marriott
  • 25% untuk warga emas (60 tahun ke atas)
  • Diskaun 20% untuk pemegang kad bank terpilih

Untuk tempahan dan pertanyaan, tetamu boleh menghubungi Westin Dining di:

Hubungi: +603 2773 8015

WhatsApp: +60 12-305 1715 / https://wa.me/60123051715

E-mel: westindining@westin.com

Pembelian Dalam Talian di www.thewestinkleshop.com

laman web www.thewestinkualalumpur.com.

Layari akaun sosial The Westin Kuala Lumpur di Facebook @westin.kl dan Instagram @thewestinkl

https://lomp.at/bhkpb
Share8Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Bella Astillah Salam Tak Pandang Wajah Ibu Syed Saddiq, Timbul Persoalan Netizen..

  2. 2

    Hafreez Adam Bongkar Sikap Sebenar Aktres Popular, Netizen Petik Nama Fazura- “Aku Tak Akan Lupa…”

  3. 3

    Rafidah Dituduh Ada Sebiji Rumah Lain, Siap Beli Sofa Mewah? Kedai Perabot Beri Penjelasan

  4. 4

    Noreen Iman Kongsi Kenangan Manis- “Amira Othman Senior Aku di Sekolah Lama”

  5. 5

    Didi Astillah Bagi Hint, Bella Astillah Bakal Berkahwin?-“Tak Lama Lagi Akan Disatukan…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem