• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Mufiti Pulau Pinang Tegur Tokti Tunda Konsert Menjelang Bulan Ramadan, Umat Islam Perlu Fokus Persiapan Rohani

by Puteri Alia
January 18, 2024
Share on Facebook

Kedatangan bulan Ramadan sangat ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Bulan Ramadan disebutkan sebagai bulan yang diberkati dan dilimpahkan dengan pelbagai rezeki dan keberkatan daripada Allah SWT.

Namun tidak kurang pula, ada sebahagian umat Islam yang mengeluh dan merungut kehadiran Ramadan yang menuntut setiap Muslim melaksanakan kewajipan berpuasa padanya yang dianggapnya sebagai satu beban baginya.

Begitulah pelbagai ragam dan situasi yang mewarnai pentas kehidupan umat Islam sempena kedatangan Ramadan yang penuh berkat.

Ramadan menuntut setiap Muslim agar merenung dan bermuhasabah diri berkenaan persediaan dan amalan yang sepatutnya dilakukan sebelum, semasa dan selepas Ramadan.

Berbahas soal ini, baru-baru ini penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza dinasihatkan agar menunda ‘Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza’ yang dijadualkan berlangsung pada Mac ini kepada satu tarikh lain.

Dalam satu saranan, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, mengadakan aktiviti hiburan menjelang bulan Ramadan seolah-olah melalaikan umat Islam daripada mengingati ALLAH.

Bagaimanapun, Wan Salim akui bahawa beliau tidak mendapat informasi penuh berkenaan konsert penyanyi nombor satu negara itu.

“Maaf, saya tak dapat komen sebab tak dapat liputan sepenuhnya tentang konsert itu.

“Cuma komen saya, adalah tidak elok mengadakan konsert di ambang bulan Ramadan.

“Sepatutnya umat Islam membuat persiapan rohani untuk menyambut ketibaan bulan yang mulia ini dengan membanyakkan zikir, membaca al-Quran, puasa sunat, sedekah dan sebagainya,” jelasnya.

Tambahnya lagi, perkara yang bertentangan dengan itu adalah bercanggah dengan galakan kepada umat Islam supaya beramai-ramai memenuhi masjid dan surau untuk mengerjakan ibadat seperti solat berjemaah, mengikuti program ceramah, tazkirah dan sebagainnya.

“Jadi Datuk Seri Nurhaliza sepatutnya mengelakkan kontroversi yang mungkin akan berbangkit susulan konsert yang dirancangnya pada waktu yang tidak sesuai.

“Pada pandangan saya beliau masih ada masa untuk mengubah tarikh ini. Eloklah konsert tersebut ditunda ke tarikh lain, umpamanya selepas Hari Raya Aidilfitri nanti,” kata Wan Salim lagi.

Konsert Siti dijadualkan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 9 Mac dan bulan puasa pada tahun ini dijangka jatuh pada 12 Mac 2024.

TokTi Dilantik Profesor Adjung UiTM - "Saya Bukan Usahawan Mas­yhur, Tapi Ini Amanah Besar"
datuk seri siti nurhalizamufti pulau pinangtokti
https://lomp.at/8it68
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @yumenglongfans (IG)
Asia

Kematian Yu Menglong Ada Kaitan Dengan Ritual Dalam Kumpulan Elit Politik?

by Nurul A.
October 28, 2025

Kematian tragis pelakon China, Yu Menglong telah mencetuskan pelbagai gelombang spekulasi dan teori. Pada mulanya kematian tragis itu dilaporkan sebagai...

Read more
Foto - @fuadhashim90 (IG)
Lokal

Farah Lee Dijangka Pulang Hari Ini, Hantaran Suami Curi Perhatian- “Tak Sampai Lagi Malaysia… Dah Minta Izin”

Alhamdulillah syukur apabila mengetahui bahawa delegasi Global Sumud Flotilla (GSF) dari Malaysia akhirnya dibebaskan dan kini sudah berada di Istanbul,...

Read more
by Nurul A.
October 6, 2025
Foto - @fatiyalatiff (IG)
Lokal

Fatiya Luah Penampilannya Tidak Kemas, Netizen Beri Kata-Kata Semangat- “Comeback Ariana Rose”

Rasanya ramai yang setuju jika MURAI katakan aktres Fatiya Latiff merupakan antara aktres tercantik di Malaysia sebelum ini. Namun dari...

Read more
by Nurul A.
December 1, 2025
Lokal

Keadaan Terkini Amad Buat Peminat Bersyukur

Penyanyi , Siti Sairah Tarudin berkongsi keadaaan terkini anak lelakinya, Ahmad Dayyan yang sebelum ini tular di media sosial selepas...

Read more
by Naddy Joe
October 17, 2025
Lokal

Anak Baru 3 Tahun Hafal Doa, Neelofa Akui Termalu Dan Terpanggil Perbaiki Diri

Sebagai seorang ibu, Neelofa tidak menyangka dirinya akan belajar sesuatu yang besar daripada anak kecil berusia tiga tahun. Pelakon dan...

Read more
by Puteri Alia
October 21, 2025
Lokal

Imam Muda Asyraf Sokong Teguran Terbuka Terhadap Selebriti Islam Berpakaian Mencolok

Pendakwah selebriti, Imam Muda Asyraf menegaskan bahawa teguran terbuka terhadap selebriti yang mempromosikan perkara melanggar syariah Islam adalah wajar, tetapi...

Read more
by Puteri Alia
November 18, 2025
Lokal

[VIDEO] Siti Nurhaliza ‘Flex’ Baju Konsep Menyapu, Peminat Terhibur- “Bersih Lantai, Senang Kerja Cleaner”

Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila tampil dengan gaya unik yang cukup mencuri tumpuan di media...

Read more
by Phic ARMAN
December 1, 2025
Lokal

Aisha Retno Pengsan Di Belakang Pentas Akibat Serangan Panik, Enggan Dikejarkan Ke Hospital

Penyanyi bersuara lunak, Aisha Retno mengejutkan ramai apabila mendedahkan dirinya tiba-tiba pengsan akibat serangan panik di belakang pentas sewaktu pentas...

Read more
by Puteri Alia
October 13, 2025
Lokal

[VIDEO] Fattah Amin Rakam ‘Isteri Syurga’ Memasak, Buatkan Netizen Teruja!

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Fattah Amin merakam Isterinya iaitu Amira Othman yang sedang memasak ketika mereka berada...

Read more
by Noah Ab
September 22, 2025
Foto - The Straits Times
Korea

[VIDEO] Gara-Gara Dialog Kontroversi Dalam ‘Tempest’, China Boikot Gianna Jun

Siri drama baharu di Disney+ iaitu 'Tempest', yang dibintangi oleh aktres Korea Selatan iaitu Gianna Jun telah mencetuskan kemarahan yang...

Read more
by Nurul A.
September 25, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Video Almarhum Tunku Abdul Jalil Buatkan Agong, Permaisuri & Tunku Aminah Menitiskan Airmata

  2. 2

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  3. 3

    5 Perkara Yang Kita Semua Boleh Belajar Dari Restoran Baharu Khairul Aming, Rembayung

  4. 4

    KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

  5. 5

    “Aku Syak Bapak Dia Letak Nama Ex-Ex Dia Sekali”- Nama Panjang Sampai Penuh Borang Cetus Spekulasi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore