Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Fesyen

Kenali Zuhair Murad, Pereka Gaun Pengantin Anisha Rosnah – Pernah Bekerjasama Dengan Adele, Taylor Swift Dan Selebriti Hollywood

by Aphit J.
January 21, 2024
33
KONGSIAN
Share on Facebook

Biarpun ‘Wedding of The Year’ antara anakanda ke-10 Sultan Brunei iaitu Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dengan Yang Mulia Pengiran Anak Isteri Dayang Anisha Rosnah sudah hampir seminggu berlalu, namun ramai masih memperkatakan mengenai perkahwinan diraja itu sehingga kini.

Menjadi Bualan Sehingga Kini

via Instagram Zuhair Murad Official

Daripada adat yang unik, busana perkahwinan yang menawan sehinggalah acara yang mewah dan gah, segala-galanya menjadi bualan masyarakat yang kagum dengan adat perkahwinan diraja Brunei tersebut.

Dalam kesemua perkara tersebut, pastinya ramai bersetuju bahawa kejelitaan Dayang Anisha benar-benar memukau mata apatah lagi apabila mengenakan gaun labuh bergemerlapan.

Trivia Zuhair Murad

via Instagram Zuhair Murad Official

Jom kenali pereka fesyen di sebalik busana Majlis Persantapan Diraja iaitu Zuhair Murad menurut Fashion Elite.

  1. Zuhair Murad merupakan seorang pereka fesyen dari Lubnan.
  2. Dilahirkan pada 15 Julai 1971 di Ras Baalbek. Kini berusia 53 tahun.
  3. Tidak lama selepas tamat persekolahan, Zuhair berpindah ke Paris, di mana beliau memperoleh ijazah dalam bidang fesyen.
  4. Terkenal dengan keupayaannya mencipta gaun cantik untuk pelbagai acara sama ada perkahwinan, majlis anugerah, kostum filem dan sebagainya.
  5. Zuhair pernah mereka gaun perkahwinan ikonik yang digayakan oleh Jennifer Lopez dalam filem Marry Me pada tahun 2022.
  6. Sentuhannya menjadi pilihan ramai selebriti serta VIP Hollywood seperti Adele, Taylor Swift, Carrie Underwood, Ivana Trump, Beyoncé Knowles, Shakira, Katy Perry dan Priyanka Chopra.
  7. Mereka gaun yang dipakai oleh Puteri al-Taweel dari Arab Saudi yang digayakan pada majlis perkahwinan Putera William dan Kate Middleton pada 2011.
  8. Zuhair berkongsi lakaran gaun untuk Dayang Anisha di laman Instagramnya. Menurutnya, gaun tersebut direka dan disesuaikan untuk menjelmakan warna gading, diserlahkan dengan sulaman halus motif flora serta diserikan dengan mutiara.
  9. Dianggap sebagai salah seorang pereka fesyen paling berbakat pada abad ke-21, juga dikenali sebagai individu belakang tabir di sebalik penampilan memukau selebriti di karpet merah.
  10. Mempunyai 6.6 juta pengikut di Instagram.

Menarik bukan? Apa komen anda tentang baju pengantin Dayang Anisha ini?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
Zuhair Murad
https://lomp.at/407gk
Share13Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem