Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Rasa Tak Dihargai Tu Pernah”- Fiqrie Kongsi Realiti Sebenar Bergelar Penyampai Radio

by Phic ARMAN
January 23, 2024
21
KONGSIAN
Share on Facebook

Dalam dunia penyiaran radio, kehadiran suara yang merdu dan kebolehan menyampaikan mesej dengan penuh emosi seringkali dianggap sebagai bakat unik. Namun, di sebalik tirai keceriaan dan keseronokan, terdapat kisah sebenar yang jarang didengar – kisah cabaran seorang penyampai radio yang tidak mendapat penghargaan yang sepatutnya.

Fiqrie Dahari, seorang individu yang telah melalui liku-liku kehidupan sebagai penyampai radio. Walaupun tidak mahu menyebutkan mana-mana stesen radio,  Fiqrie memberi gambaran tentang pengalaman pahit yang dialaminya ketika menjadi penyampai radio dalam bahasa Inggeris di situ. Beliau merasakan bahawa sumbangan dan usahanya tidak pernah dihargai sebaiknya.

“Saya memang betul-betul cintakan dunia radio, cuma kadang-kadang saya pernah merasakan diri ini tidak dihargai, kemungkin saya tidak selari dengan penjenamaan dan hala tuju stesen itu. Atau mungkin saya terlepas pandang saya tidak tahu. Tetapi semuanya berlaku ada sebabnya. Kalau bukan kerana itu, saya  takkan berjaya mengecapi kejayaan hari ini selepas keluar dari radio, Perkara yang saya tidak pernah sangka mungkin. Alhamdulillah”

Salah satu cabaran utama yang dihadapi oleh Fiqrie adalah kurangnya penghargaan terhadap usaha yang dilaburkannya dalam membawa hiburan dan maklumat kepada pendengar. Walaupun seringkali mendapat pujian dan sokongan daripada peminat setianya, pengiktirafan rasmi dan ganjaran yang sewajarnya tidak pernah tiba.

Bagaimanapun, Fiqrie menegaskan cintanya terhadap dunia radio tidak pernah pudar walaupun mengalami sedikit rasa ketidakpuasan hati. Dia percaya setiap kali dia menyampaikan mesej atau terlibat dalam program radio, dia memberi impak positif kepada pendengar.

Peka dengan isu semasa dan konflik penyampai radio yang tengah kecoh diperkatakan pada saat ini, Fiqrie mendoakan agar nasib yang serupa dengannya diberi kekuatan untuk terus menyumbang kepada dunia penyiaran, walaupun kadang-kadang ia mungkin tidak dihargai sebaiknya.

Mungkin suatu hari nanti, nama mereka akan tersusun indah di pentas penghargaan yang setimpal dengan usaha dan kebolehan mereka.

Sukan Olimpik Remaja Musim Sejuk 2024 di Wilayah Gangwon, Korea Selatan

View this post on Instagram

A post shared by FiqrieIsMe (@fiqrieisme)

Fiqrie yang kini sibuk menguruskan kerjaya sebagai Pengacara Majilis Professional dan bergelar pempengaruh ditemui MURAI MY ketika pembukaan  Sukan Olimpik Remaja Musim Sejuk 2024 di Wilayah Gangwon, Korea Selatan.

Seramai lebih 30 orang selebriti dan pempengaruh serta ahli media dari Malaysia diterbangkan ke Korea Selatan untuk menyaksikan acara bersejarah tersebut.

Rombongan eksklusif dari AAX (AirAsia X) dan Korea Tourism Organization dengan kerjasama Gangwon State ini turut membawa rombongan meneroka musim sejuk yang menakjubkan di wilayah timur laut Korea Selatan itu selama 8 hari. Antara tempat menarik yang dikunjungi seperti, Nami Island, Samaksan Cable Car, Hwacheon Sancheoneo Ice Festival, Alpaca World , Oak Valley Ski dan banyak lagi.

Antara selebriti yang turut serta dalam rombongan ini seperti pengacara dan pelakon Hawa Rizwana, 29, pelakon Harris Annuar, 31, pengulas sukan Astro Arena, Lily Hamzah. Turut serta pempengaruh yang popular dalam vlog travel seperti Aliff Imran dan Shafickza yang memiliki lebih 300 ribu pengikut di laman TikTok.

Acara pembukaan, dengan tema “Membesar Bersama, Bersinar Selamanya”  diadakan serentak bermula jam 8 malam di Gangneung Oval, arena luncur laju, dan Pyeongchang Dome dengan kira-kira 13 ribu penonton.

Fiqrie Dahari
https://lomp.at/r2lbx
Share8Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem