Tuesday, July 8, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Yuna, Tiësto, & The Kid Laroi Antara 40 Selebriti Bakal Gegar SUPALAPA Festival 2024 Di Genting Highland!

by Naddy Joe
January 25, 2024
30
KONGSIAN
Share on Facebook

Lebih daripada 40 bintang antarabangsa bersama karyawan tempatan dengan pelbagai genre muzik dan hiburan tanpa limitasi dihimpunkan sepanjang tempoh penganjuran sulung Festival Supalapa.

Festival Supalapa yang dijadualkan berlangsung selama dua hari pada 2 dan 3 Mac 2024 di Resorts World Awana, Genting Highlands. Pengunjung Festival Supalapa akan disajikan dengan sebuah acara yang gilang-gemilang dan akan meletakkan penanda aras yang baharu dalam penganjuran festival.

Lebih 40 Bintang Antarabangsa Bakal Beraksi

Tiesto, The Kid Laroi, EAJ, Somi, XG, Ali Gatie, Armani White, Tones and I, lan Asher, Keemokazi, Paul Van Dyk, Rave Republic, Notep, antara lebih 40 nama bintang ternama antarabangsa yang sedia menanti peminat pada festival yang berlangsung selama dua hari ini.

Bersama mereka, bintang tempatan Yuna, Siaxse, Kidd Santhe, Talitha., Cluadia, Belle Sisoski, Jovynn, Forceparkbois dan DJ Ziqq Axel Groove juga siap membuat pengunjung teruja dengan persembahan mereka.

Dan di Festival Supalapa ini, pengunjung yang hadir boleh menikmati tiga genre muzik sekaligus dari EDM, Pop dan  K POP. Ke semua genre muzik ini kemudian dipersembahkan dalam panggung masing-masing iaitu di “Live Stage”, “EDM Stage” dan “Pool Stage”!

Pengerusi Maestro Production And Prodigy 1 Nation, Parthiban Murugaiya pula menyifatkan Festival Supalapa akan menjadi tanda aras pesta hiburan di Malaysia yang akan dinantikan setiap tahun.

“Kami berharap penganjuran pertama Festival Supalapa akan menjadi acara yang tahunan yang ditunggu-tunggu kerana pengunjung telah menemukan semua jenis hiburan bukan sekadar muzik di dalam satu festival.

“Apa yang penting juga adalah Festival Supalapa mampu membantu melonjakkan nama Malaysia dalam kalangan pelancong dari luar negara kerana di sini mereka akan menemukan sebuah hub hiburan setaraf penganjuran antarabangsa.”

Alami  pengalaman luar biasa yang dipenuhi dengan keseronokan tanpa had di Festival Supalapa. Rasai semuanya di Festival Supalapa pada 2 dan 3 Mac 2024 di Resorts World Awana.

Prodigy 1Nation bersama rakan kongsi acaranya Maestro Productions telah melaksanakan pelbagai konsert yang berjaya dan ‘sold out’  di seluruh dunia di seluruh Eropah, Kanada dan Asia. Ini adalah festival muzik pertama mereka di Malaysia.

Dengan semua keseronokan yang akan dinikmati tanpa limitasi ini, jangan terlepas temujanji anda di Festival Supalapa pada 2 dan 3 Mac 2024 di Resorts World Awana.

Sebarang pembelian tiket boleh layari supalapa.com

supalapa 2024
https://lomp.at/5rec6
Share12Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem