Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Pernah Ada Isu Dengan LHDN Kini Che Ta Didakwa Diisytiharkan Bankrap, Mengaku Bayar Cukai RM50 Ribu Sebulan

by Puteri Alia
January 24, 2024
77
KONGSIAN
Share on Facebook

Terdahulu media tempatan melaporkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengenal pasti pempengaruh atau influencer di media sosial serta individu yang gemar menayang wang tunai dan kemewahan bagi memastikan mereka tidak lari daripada membayar cukai.

Pengarah Jabatan Pematuhan Cukai LHDN, Abang Ehsan Abang Abu Bakar memaklumkan pemantauan dilakukan setiap hari menerusi semua platform media sosial dan e-dagang.

Menurutnya, LHDN menerusi unit khas yang ditubuhkan iaitu Seksyen Audit Ekonomi Digital (SAED) berperanan khusus bagi memantau aktiviti pempengaruh dan usahawan digital yang hidup mewah tetapi tidak membayar cukai.

Bercakap soal ini, baru-baru ini pelakon Rozita Che Wan menafikan dakwaan dirinya diisytiharkan bankrap disebabkan kegagalan membayar cukai pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Rozita mesra disapa sebagai Che Ta memberitahu, dia tidak tahu mengenai notis bankrap kerana tidak pernah menerima sebarang makluman berhubung perkara tersebut.

“Siapa kata bankrap? Dapat notis daripada siapa dan saya tidak tahu.

“Saya bayar LHDN, saya juga ada ejen cukai yang uruskan dan audit syarikat.

Cukai dikenakan memang banyak, tapi saya bayar.

“Tapi pelik mana datangnya surat itu, kenapa saya pula? Saya bayar hampir RM50,000 sebulan untuk diri saya, manakala syarikat pula lain.

“Saya tidaklah terkejut, tapi saya dapat tahu dulu sebelum orang lain dan saya bukannya lari daripada LHDN,” katanya.

Bagaimanapun, Rozita tidak menafikan pernah mempunyai isu bersama LHDN, namun semuanya sudah diselesaikan.

Justeru, katanya, timbul perasaan pelik mengapa perkara itu dibangkitkan.

“Saya bukannya seorang yang menunjuk dan hanya buat kerja sahaja. Apa-apa saya akan berurusan dengan ejen cukai.

“Memang sebelum ini saya ada masalah dengan LHDN. Saya pernah kena tahan di lapangan terbang sebelum ke London, jadi mungkin ini surat lama, mungkinlah.

“Saya tak layan dakwaan semua ini, ia bukan masalah saya,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
[VIDEO] Gelagat Anak Che Ta, Aaisyah Pergi Stadium Sokong JDT, Curi Tumpuan Ramai!
che tacukailhdn
https://lomp.at/88owj
Share31Tweet19SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem