Monday, September 22, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

Penyanyi Korea Kacak YUGYEOM Jumpa Peminat Di Kuala Lumpur Jumaat Ini

by Phic ARMAN
January 29, 2024
17
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi, penulis lagu dan penari Korea Selatan, YUGYEOM akan membuat lawatan ke Malaysia pada 2 Februari 2024, untuk pembukaan rasmi butik jenama terkenal COACH yang baharu di The Exchange TRX Mall.

YUGYEOM adalah penari utama kumpulan Got7 di bawah kontrak dengan JYP Entertainment. Dia adalah ahli termuda kumpulan itu, dan terkenal dengan tarian jalanannya. Pada 2016, YUGYEOM mengambil bahagian dalam pertandingan tarian Mnet Hit the Stage dan memenangi tempat pertama dalam episod akhir.

Dia memulakan kerjaya secara solo pada 17 Jun 2021, dengan EP Point of View pertamanya: U. Kemunculannya menarik perhatian sehinggakan single pra-rilis berjudul I Want U Around berjaya mengungguli carta iTunes dunia di 35 negara.

Pembukaan kedai Coach TRX baharu akan disertai oleh Nanon, yang akan membuat penampilan istimewa bersama YUGYEOM. Nanon Korapat merupakan seorang pelakon dari Thailand yang mempunyai kerjaya yang berjaya dan mempunyai ramai peminat. Nanon Korapat dilahirkan pada 18 Disember 2022 di Wilayah Nonthaburi, Thailand. Pelakon ini, yang telah membintangi banyak siri dan filem Thai, mempunyai nama panggilan Nanon (น น น). Pelakon muda ini telah berjaya membintangi banyak siri dan filem.

Pembukaan kedai Coach TRX baharu akan menjadi acara eksklusif dan peribadi. Acara permaidani merah akan diadakan bersempena dengan acara itu di mana orang ramai dapat melihat kelibat selebriti kegemaran mereka di pintu masuk butik. Selebriti dan tetamu lain termasuk Alyph, Alvin Chong, Anna Jobling, Daiyan Trisha, DOLLA, Jeryl Lee dan ramai lagi.

coachYUGYEOM
https://lomp.at/8yozb
Share7Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Bella Astillah Salam Tak Pandang Wajah Ibu Syed Saddiq, Timbul Persoalan Netizen..

  2. 2

    Hafreez Adam Bongkar Sikap Sebenar Aktres Popular, Netizen Petik Nama Fazura- “Aku Tak Akan Lupa…”

  3. 3

    Amira Othman Kongsi Momen Mesra Dengan Fattah Amin, Rakan Selebriti ‘Cemburu’!

  4. 4

    Noreen Iman Kongsi Kenangan Manis- “Amira Othman Senior Aku di Sekolah Lama”

  5. 5

    Didi Astillah Bagi Hint, Bella Astillah Bakal Berkahwin?-“Tak Lama Lagi Akan Disatukan…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem