Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Mimi Lana Dan Syafiq Kyle ‘Disahkan’ Tidak Kembali Bercinta, Sebaliknya Jalin Hubungan Sebagai ‘BFF’!

by Puteri Alia
January 30, 2024
252
KONGSIAN
Share on Facebook

Kata orang, lelaki boleh berkawan dengan orang perempuan. Orang perempuan juga boleh berkawan dengan orang lelaki.

Namun persahabatan lelaki dan perempuan hanya boleh kekal sebagai kawan biasa sahaja, jika mereka tiada sebarang hubungan percintaan.

Hanya orang lelaki dan perempuan yang bercinta sahaja boleh menjadi sahabat baik. Selain dari itu, lelaki atau perempuan hanya boleh mempunyai kawan baik dari kaum yang sejantina dengan mereka sahaja.

Ini kerana, rata-rata berpendapat bahawa sukar untuk tidak tumbuh rasa cinta terhadap rakan berlainan jantina kerana sudah menjadi lumrah untuk mereka mudah jatuh cinta.

Namun, bagi sesetengah pasangan bercinta, mereka lebih senang merahsiakan hubungan dengan alasan mahu menjaga hati atau berasakan tidak perlu berkongsi disebabkan belum ada ketentuan.

Berbahas soal ini, baru-baru ini pengurus kepada pelakon Mimi Lana dan syafiq Kyle iaitu Iman Tang menolak dakwaan dua selebriti itu kembali bercinta, sebaliknya hubungan mereka hanya sekadar sahabat baik.

Menurut sumber Kosmo, Mimi dan Syafiq tidak pernah bermusuh selepas kedua-duanya tidak jadi melangsungkan perkahwinan pada 18 Ogos tahun lalu.

“Mereka masih berkawan. Walaupun tidak jadi bernikah, bukan bermakna mereka bermusuhan atau bergaduh.

“Sebab pada waktu kejadian (tak jadi kahwin), saya ada bersama dengan mereka,” katanya.

Kata Iman lagi, baik Mimi mahupun Syafiq, mereka masih mengekalkan hubungan profesional sehingga hari ini, malah baru selesai menjalankan sesi fotografi bersama-sama hari ini.

“Mereka memang tiada masalah. Malah sehingga hari ini mereka masih berkawan.

“Macam hari ini, mereka baru saja selesai menjalani sesi fotografi mempromosikan baju Melayu dan baju kurung untuk sebuah jenama tempatan,” kata Iman.

Menurut Iman lagi, sebagai pengurus, dia terbuka sekiranya kedua-dua pelakon itu kembali bersama (bercinta), namun masing-masing sedang sibuk dan fokus dengan kerja.

“Ya, sudah tentu saya mengalu-alukan (Mimi dan Syafiq kembali bersama). Lagipun mendirikan masjid (berkahwin) adalah perkara yang baik dalam Islam.

“Saya banyak kali makan malam dengan kedua-duanya. Tapi saya tidak pernah bertanya mengenai hala tuju hubungan mereka dengan lebih mendalam. Kerana masing-masing sedang sibuk sekarang ini.

“Bagi saya, biar mereka fokus dengan kerja dulu. Mungkin dalam kesibukan bekerja itu ada bibit cinta dan perasaan untuk kembali bersama,” katanya.

Iman turut berharap agar pasangan ini dapat memaklumkan hubungan mereka lebih awal sekiranya ada berita baik yang mahu dikongsikan.

“Saya berharap sekiranya mereka kembali bersama, mereka akan memberitahu saya lebih awal sebab sebelum ini saya hanyalah jemputan. Saya tidak tahu apa-apa,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
2
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1
[VIDEO] Gelagat Sweet Syafiq Kyle & Mimi Lana, Curi Perhatian Ramai!-"Tetiba Asam Pedas Pulak"
Mimi Lanasyafiq kyle
https://lomp.at/0effq
Share101Tweet63SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem