Monday, September 22, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Berita

“Yang Bertahan Itu Bukannya Rupa, Tetapi Isi Hati..”-Zain Saidin

by Naddy Joe
January 31, 2024
70
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay menjadi mangsa ‘face shaming’ selepas berkongsi video dirinya tidak mengenakan sebarang solekan di media sosial.

Zain Pertahan Liyana Jasmay

Isu berkenaan turut mendapat respon oleh suami kepada pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan iaitu Zain Saidin yang tampil memberi teguran terhadap individu yang mengkritik wajah Liyana Jasmay menerusi sesi live di TikTok.

“Saya kena tegur benda ni sebab saya rasa benda ni (face shaming) adalah salah. 

Saya backup Liyana sekarang ni adalah kerana apa yang individu terlibat katakan itu salah.”-kata Zain Saidin

@ljoneandonly

bila belum tido lebih dari 16jam, dan dpt makan burger sedap ni nak nangis! semalam penat berlakon kena rasuk lebam kaki, darah telinga, mata kabur.. tapi alhamdulillah for everything.. Im so grateful?

♬ original sound – LiyanaJasmay – LiyanaJasmay

Pernah Dipersoal Sebab Kahwin Dengan Wanita Berusia

Kongsi Zain, dia pernah dipersoalkan oleh ramai pihak sebabnya mahu menjalinkan hubungan dengan wanita yang lebih berusia dari dirinya sebagai pasangan, serta akui terpikat dengan keperibadian dan budi bahasa Rozita Che Wan.

“Ramai orang tanya saya, ‘kenapa kahwin dengan orang tua?. Tiada perempuan muda ke?. 

Pada permulaannya kita suka pada rupa, tapi kena faham, rupa ni tak tahan selamanya. Yang buat saya jatuh cinta masa saya keluar dengan Che Ta adalah dia punya budi bahasa dan isi hatinya.-“kongsi Zain

@zainsaidin23

No caption needed ? #fypシ #fyp #zainsaidin #maruahdiri #maruahwanita

♬ original sound – Zain Saidin – Zain Saidin

“Yang Bertahan Bukannya Rupa…”

Tambahnya lagi, Zain turut menegaskan bahawa penyanyi berkenaan semestinya mempunyai ‘tarikan’ sehingga mampu menambat hati suaminya, Fathuddin Mazlan.

“Yang bertahan bukannya rupa, tetapi isi hati. Sama la dengan suami Liyana Jasmay. Saya pasti Liyana Jasmay pasti mempunyai sesuatu yang buat suaminya jatuh cinta.”-tegas Zain

Sekadar info, Zain Saidin mendirikan rumah tangga dengan Rozita Che Wan pada November 2013. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana.

“Suami Sendiri Buaya Lapar"-Che Ta Tempelak Isteri Yang Salahkan Penyondol 100%
liyana jasmayzain saidin
https://lomp.at/v3ljj
Share28Tweet18SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Bella Astillah Salam Tak Pandang Wajah Ibu Syed Saddiq, Timbul Persoalan Netizen..

  2. 2

    Hafreez Adam Bongkar Sikap Sebenar Aktres Popular, Netizen Petik Nama Fazura- “Aku Tak Akan Lupa…”

  3. 3

    Amira Othman Kongsi Momen Mesra Dengan Fattah Amin, Rakan Selebriti ‘Cemburu’!

  4. 4

    Noreen Iman Kongsi Kenangan Manis- “Amira Othman Senior Aku di Sekolah Lama”

  5. 5

    Didi Astillah Bagi Hint, Bella Astillah Bakal Berkahwin?-“Tak Lama Lagi Akan Disatukan…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem