Monday, July 7, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Uncategorized

Kalau Kerap Tidur Dengan Rambut Basah, Kamu Bakal Hadapi 4 Masalah Besar Ini!

by Soph Azz
February 5, 2024
Foto - Allure

Foto - Allure

40
KONGSIAN
Share on Facebook

Psst… Pernah tak kamu alami situasi ini? Tidur dalam keadaan rambut masih basah?

Percayalah, ramai di antara kita yang kerap tidur dengan rambut yang basah tanpa ia kering terlebih dahulu. Mana taknya, seharian bekerja atau sibuk menyelesaikan tugasan membuatkan kita menjadi terlampau penat dan tertidur sebelum rambut kering sepenuhnya.

Kalau kamu nak tahu, tidur dalam keadaan rambut basah bukan sahaja mendatangkan kesan pada kesihatan.  Malah ia juga memberikan beberapa masalah pada kulit kepala dan juga rambut kamu.

Sekiranya kamu antara mereka yang kerap tidur dengan rambut basah, hati-hati kerana empat masalah ini mungkin kamu akan hadapi.

  • Mudah dinaiki kulat 

Berdasarkan beberapa penyelidikan, mereka yang kerap tidur dalam keadaan rambut basah mudah dinaiki kulat di bahagian kepala.

Foto – Dermazen

Kulat tersebut merupakan spesis Malassezia yang ditemui dalam folikel rambut basah dalam jangka masa yang lama seperti semalaman dibiarkan basah selepas syampu. Kulat jenis ini boleh menyebabkan masalah kulit seperti dermatitis seborrheic.

  • Kelemumur semakin banyak 

Untuk pengetahuan kamu, rambut yang basah boleh menyebabkan penurunan suhu kulit dan menghilangkan haba badan. Bila terjadinya situasi ini, ia boleh memburukkan keadaan kulit kepala hingga terbentuknya kelemumur yang teruk.

  • Rambut mudah menjadi rosak 

Foto – Style Craze

Selain genetik dan hormon, rambut yang rosak boleh terjadi disebabkan tidak dijaga dengan betul. Bila tidak dijaga dengan betul, ia boleh melemahkan akar rambut, merosakkan folikel dan keguguran rambut.

  • Meregang sehingga 30% daripada saiz asal 

Foto – Tree Hugger

Ramai yang tak tahu, rambut yang basah boleh membuatkan rambut kita meregang kira-kira 30% daripada saiz asal tanpa menyebabkan kerosakan. Tetapi jika dibiarkan basah atau lembap terlalu lama ketika tidur, ia boleh meregang sehingga 70%, seterusnya menyebabkan kerosakan.

Kalau sayangkan rambut dan kulit kepala, pastikan keringkan sebelum tidur ye. Semoga bermanfaat!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
2
+1
3
bahaya rambut basahkeburukan tidur dengan rambut basahkesan tidur dengan rambut basah
https://lomp.at/m2dmq
Share16Tweet10SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem