Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

[VIDEO] Nurul Izzah Anwar Dipuji Ramai?-“Anak Perdana Menteri Yang Tak minta Dilayan Seperti VVIP”

by Jash Lee
February 9, 2024
Share on Facebook

Nurul Izzah merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Pada peringkat parti, beliau memegang jawatan sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat selain memegang jawatan di peringkat negeri dan cabang. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen selama 3 penggal iaitu 1 penggal di Permatang Pauh dan 2 penggal di Lembah Pantai.

Beliau merupakan anak sulung kepada pasangan suami isteri iaitu YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, Menteri Kewangan Malaysia dan Ahli Parlimen Tambun dan YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

“Bakal Perdana Menteri Suatu Hari Nanti”

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @pinography yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.2 juta, tanda suka sebanyak 26 ribu, dan sebanyak 3,453 ribu komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Nurul Izzah yang sedang berjalan di lapangan terbang sambil membawa bagasi tanpa iringan bodyguard walaupun beliau anak kepada Perdana Menteri yang terkini.

“Anak Perdana Menteri yang tak minta dilayan vvip. Kadang sedih tengok punya ramai orang tak suka mereka sekeluarga”-Kapsyen Video Tersebut

@pinography

Padahal ayahnya Perdana Menteri Malaysia… tetap rendah diri dan jadi diri sendiri macam rakyat biasa. @n_izzah #klia #nurulizzahanwar

♬ Muhasabah Cinta – Lia Syila

Rata-rata pada ruangan komen, ramai yang mengecam beliau dan keluarganya mengenai isu yang melanda Malaysia. Mereka juga mengatakan bahawa, sekiranya ayahnya tidak menjadi Perdana Menteri terkini kemungkinan kos kehidupan rakyat tidak meningkat.

Namun ada juga yang memuji keluarga Nurul Izzah kerana mampu menghadapi ujian dan cacian yang diberikan orang sekeliling. Mereka juga mengetahui bahawa untuk memuaskan setiap individu amat sukar dilakukan.

Apa-apa pun, sama-sama kita doakan kesejahteraan buat negara Malaysia. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Apa kata anda?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
datuk seri anwar ibrahimDr wan azizahNurul Izzah Anwar
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  2. 2

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  3. 3

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

  4. 4

    Konsert BTS Di Kuala Lumpur: 10 Hal Penting Yang ARMY Perlu Alert

  5. 5

    Kena Sumpah? Ramai Hairan Datum Jelatek Di Keramat Kosong Walaupun Popular Sebab ‘View’ Cantik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara