Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Tidak Pernah Berhenti Berdoa Mimi Lana Terus Kenang Nasib Penduduk Palestin Apatah Lagi Dikala Bulan Ramadan

by Puteri Alia
February 14, 2024
28
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebut sahaja mengenai bulan ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi pastinya, rakyat Palestin di Semenanjung Gaza sangat mengharapkan akan berlaku gencatan senjata pusingan kedua menje­lang bulan Ramadan bagi membolehkan mereka melakukan ibadah itu dalam situasi aman.

Namun bagaimanapun, terkini Israel telah menyenaraihitamkan Pelapor Khas PBB atas kenyataan ‘mengecam Israel sebagai ‘menindas rakyat Palestin’.

Malah, Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA melaporkan wabak Hepatitis A, kadar cirit-birit yang sangat tinggi di Rafah.

Menurut sumber, Netanyahu dijangka menggunakan misi pembebasan tawanan untuk ‘membenarkan’ pencerobohan berterusan di Rafah.

Namun, usah mengalah dan umat Islam diingatkan untuk terus berdoa kerana tiada senjata yang lebih kuat daripada sebuah doa.

Berbahas soal ini, tidak pernah berhenti berdoa, pelakon Mimi Lana menzahirkan rasa simpati terhadap penduduk di Palestin yang masih berdepan dengan peperangan sehingga hari ini.

Lebih membuatkan pemilik nama penuh Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 29, itu sebak ialah memikirkan bagaimana mangsa-mangsa perang tersebut bakal menyambut bulan Ramadan yang akan akan tiba kurang sebulan lagi.

“Bulan Ramadan tak lama lagi. Saya berasa sangat risau, tak berguna dan menangis masih menyaksikan situasi (peperangan) terus berlaku di Palestin.

“Sepertinya tiada istilah rehat daripada pembunuhan beramai-ramai (genocide) di sana,” katanya dalam Instagram hari ini.

Sementara itu dalam perkongsian sama, bintang filem Pusaka itu turut mempersoalkan mengapa Israel masih tidak menerima hukuman meskipun sudah berkali-kali melanggar undang-undang antarabangsa kerana melakukan pembunuhan beramai-ramai di Palestin.

“Berapa lama dunia akan membiarkan Israel lari bebas selepas banyak kali melanggar undang-undang antarabangsa?

“Tolong terus doakan keselamatan rakyat Palestin. Allahuakhbar,” ujarnya.

Seputar info, perang di Palestin telah mengorbankan lebih 28,000 orang sejak 7 Oktober tahun lalu.

[VIDEO] Gelagat Syafiq Kyle & Mimi Lana Shopping Periuk, Raih Perhatian Ramai!-"Sayang I Nak Dua"
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
2
Mimi Lanapalestinramadan
https://lomp.at/wsecp
Share11Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem