Sebab itulah ada yang katakan beauty is pain.
Kalau kamu nak tahu, selebriti seperti Ameera Khan, Noryn Aziz hingga ke Bella Hadid ada amalkan satu rutin kecantikan yang agak lain daripada yang lain. Untuk dapatkan kulit wajah yang cantik, kemerahan dan halus, mereka sanggup untuk merendamkan wajah beberapa saat ke dalam semangkuk ais.
Memang rasanya sangat sejuk dan agak ‘menyakitkan’, tetapi kalau nak cantik terpaksalah kan?
Tak salah jika kamu mahu mencuba teknik yang sama seperti mereka. Tapi sebelum kamu mencuba, Miss Murai nak kongsikan yang teknik ini sangat berkesan dan ianya sudah diamalkan sejak dulu lagi. Pada masa yang sama, Miss Murai juga ada kumpulkan beberapa kebaikan teknik ice facial ini seperti yang dikongsi oleh ahli dermatologi.
Kenapa ada yang lakukan teknik ice facial ini?
Ada sesetengah orang akan bangun tidur dengan wajah atau mata yang bengkak, kulit alami keradangan dan sangat kusam. Untuk hilangkan kesemua itu, Miss Murai syorkan untuk mulakan rutin kecantikan kamu dengan ice facial.
@millionairebeauty Bella Hadid Starts Off Her Skincare Routine With A Bowl Of Ice 🧊 Would you do this for flawless skin? 👀 #bellahadid #bellahadidedit #bellahadidmakeup #bellahadidhair #hadid #hadidsisters #hadidmodel #bellahadidmodel #skincaretips #icebath #icebathchallange #icebowl #iceskincare #iceskincareroutine #skincareroutine #skincareroutinetips #flawlessskin #modelskincare #modelskintips #modelskincareroutine #fyp #foryou #trending #skincaretips
Kata ahli dermatologi, teknik ice facial ini secara tidak langsung ada banyak kebaikan pada wajah seperti;
- Mengecilkan pori yang terbuka luas untuk mengelakkan minyak, kotoran hingga habuk terkumpul di dalamnya.
- Menegangkan kulit wajah dan elak daripada alami tanda penuaan lain seperti kedutan dan garis halus.
- Solekan kekal lebih lama kerana ia mengawal minyak semula jadi dan elak daripada solekan ‘bergerak’ serta bercapuk.
- Keradangan kulit seperti jerawat dapat dikurangkan kerana ais boleh mengecutkan dan mematikannya.
Cadangan Miss Murai untuk kamu yang nak lakukan ice facial, sediakan semangkuk ais berisi sedikit ais di dalamnya. Celupkan dan rendamkan wajah selama 5-10 saat beberapa kali. Pastikan teknik ini tidak dilakukan melebihi 5 minit ye.
Semoga bermanfaat!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.