Pasangan selebriti Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam, mendirikan rumah tangga pada 8 bruari 2016 dan mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata, iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy dan Salama Samheizy.
Syatilla Melvin merupakan seorang pelakon dan pengacara wanita di Malaysia. Memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon pada tahun 2012, bakat lakonan serta wajahnya yang jelita membuatkannya dengan cepat dikenali ramai.
Seperti yang kita ketahui, Syatilla sering memuat naik video dia bersama keluarganya di media sosial, terutamanya di laman instagram dan tiktok. Dia juga dikenali dengan perangai yang suka melawak dengan keluarganya dan itu membuatkan ramai peminat terhibur dengan telatahnya itu.
“Kedudukan Ketampanan Ayah Turun Ke Anak Dah”
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Shaheizy Sam yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 936 ribu, tanda suka sebanyak 74 ribu dan sebanyak 330 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Syeriv yang memotong rambutnya sendiri dan kemudian Shaheizy Sam terpaksa membawanya pergi ke kedai gunting rambut untuk memperelokkan rambutnya itu.
“Tengoklah Syeriv buat, dia tobekkan kepala dia sendiri dia nak jadi barber katanya”-kata Shaheizy Sam
@shaheizysam Tobek kepala sendiri, nak jadi barber katanya đ #ForYourPage #FYP #Hot #Trending #MasukBeranda #Viral #7Zikr
Rata-rata netizen terhibur dengar kata-kata Shaheizy Sam itu. Mereka juga mengatakan bahawa Syeriv bertambah hensem dengan gaya potongan rambut sebegitu.
Apa-apa pun, semoga syeriv membesar menjadi anak yang taat dan berbakti kepada ibu bapanya. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.