Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

[VIDEO] Janna Nick Sedar Proses Hamil Tidak Mudah-“Start Psycho Bila Setiap Bulan…”

by Naddy Joe
February 29, 2024
75
KONGSIAN
Share on Facebook

Setiap pasangan yang sah bergelar suami isteri pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri keluarga.

Pelakon, Janna Nick berkongsi rasa duka apabila impiannya untuk dikurniakan cahaya mata masih belum menjadi nyata.

“Start Psycho Bila Setiap Bulan…”

Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, Janna menjawab persoalan peminat yang bertanyakan adakah dirinya kelihatan berisi disebabkan sudah berbadan dua. Jelas Janna, badannya semakin berisi adalah disebabkan tidak aktif bergerak kerana bimbang ‘tak lekat’.

“Badan berisi sebab tak aktif bergerak sebab takut tak lekat. Korban segala aktiviti yang saya suka. Yoga, sauna, heavy exercise, kerja berlebihan sebab nak bagi badan rest.

Makan segala supplemen sampai muka naik jerawat-jerawat besar. Start psycho bila setiap bulan semua benda saya rasa simptom mengandung. Overanalyze!.”-kongsi Janna di Tiktok

Terima Takdir

Akui perjalanan kehamilan bukanlah satu perkara yang mudah, Janna Nick turut menitipkan doa agar mereka yang melalui situasi yang sama sepertinya turut akan dikurniakan cahaya mata.

“Please take note, pregnancy journey tak mudah. Saya faham, saya terima takdir dan tahu ada orang lagi lama menunggu. Janna berdoa agar semua yang sama-sama berjuang dan menanti akan dapat baby yang comel-comel.”-titip Janna

@jannanickofficial

Replying to @user9317614082996 dah masuk fasa psycho dah. Jawapan bagi soalan: Badan berisi sebab tak aktif bergerak sebab takut tak lekat. Korban segala activity yang I suka..yoga, sauna, heavy exercise, kerja berlebihan sebab nak bagi badan rest. Makan segala jenis supplement sampai muka naik jerawat jerawat besar. Start psycho bila setiap bulan semua benda I rasa simptom mengandung. Overanalyze! Pls take note that pregnancy journey tak mudah. I faham…I terima takdir & tahu ada orang lagi lama menunggu. Janna berdoa agar semua yang sama sama berjuang & menanti..akan dapat baby yang comel comel ❤️

♬ Buah Hati – Armada

Sekadar info, Janna Nick mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Dini Schatzmann pada 10 Jun 2023 di Langkawi, Kedah.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa Janna sendiri, Muner Abdullah bersaksikan Pengerusi Masjid Aisyah, Othman Yahya serta sepupu pengantin perempuan, Amir Fikri dan Amar Fikri.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
[VIDEO] Janna Nick Perjelas Isu 'Hina' Fazura, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!
janna nick
https://lomp.at/f71wx
Share30Tweet19SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem