Wednesday, June 25, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selera

‘Ayam Mak Mak Cili Api’ The Chicken Rice Shop, Menghangatkan Lagi Semangat Perayaan Tahun Ini!

Menu Terbaharu TCRS pilihan paling sempurna untuk memeriahkan lagi sambutan Ramadan dan Syawal

by Amirul Fikry
March 7, 2024
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Bersempena dengan ketibaan Ramadan tahun ini, The Chicken Rice Shop (TCRS) terujauntuk mengumumkan tentang pelancaran menu terbaru mereka, Ayam Mak-Mak Cili Api, yang boleh didapati di seluruh negara di semua cawangan TCRS hingga 12 Mei 2024.

Sesuai untuk dijadikan menu berbuka puasa sambil meraikanbulan yang mulia, juadah terkini TCRS ini bertujuan untukmemeriahkan lagi saat bersama yang tersayang. Hidanganistimewa yang juga sempurna sebagai hidangan Hari Raya, Ayam Mak-Mak Cili Api menjanjikan pengalaman kulinari yang tidak dapat dilupakan. Menu yang lazat ini merupakan hidanganayam masak lemak cili api, berkuah santan pekat dan pedasyang pasti menjadi tumpuan pada perayaan Ramadan dan Raya tahun ini.

Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd turut menyatakan kepentingan amalanmakan bersama keluarga dan sahabat, lebih-lebih lagi pada musim perayaan demi membina ikatan kasih sayang dan semangat kebersamaan.

“Kami berasa sangat teruja untuk menyajikan kepada pelanggankami kelazatan juadah yang seolah-olah masakan di rumahkepada pelanggan kami bagi meningkatkan lagi kemeriahansambutan yang dinanti-nantikan ini. Sama ada untuk dinikmatibersama keluarga, rakan-rakan atau yang tersayang, kelazatanAyam Mak-Mak Cili Api kami pasti membuat anda memintalagi!”

Tersedia dalam tiga set berbeza, Set Ucu, Set Mak Ngah dan Set Bonda, tawaran yang pelbagai ini dapat memenuhi setiapkeperluan pelanggan. Set Mak Ngah dan Set Bonda yang tersedia dengan hidangan sampingan seperti ‘Nyonya Pai Tee’, ‘Penang Rojak’, ‘Penang Famous Chicken Rolls’ dan pilihansayur-sayuran merupakan pilihan yang sesuai untuk kumpulanbersaiz besar. Tidak lupa juga dengan minuman terbaru Air Tangan Kaklong sebagai pelengkap hidangan!

Untuk waktu berbuka puasa, TCRS juga menyediakanperkhidmatan bawa pulang (takeaway) dan penghantaran supayapara pelanggan dapat menikmati kelazatan TCRS di mana sahajamereka berada.

TCRS berpegang teguh pada komitmen mereka untukmenggembirakan pelanggan dengan menyediakan pilihan menu yang sesuai untuk setiap waktu dan perayaan. Ia sejajar dengandedikasi TCRS untuk menyampaikan invoasi kulinari, memupukperpaduan dan mendatangkan kegembiraan kepada komuniti.

“Di TCRS, kami amat berbangga dengan misi kami untukmenyediakan pengalaman menjamu selera yang luar biasasambil meraikan kepelbagaian budaya tempatan. Kami percayaakan peranan makanan dalam usaha untuk memupuk semangatkebersamaan dan mendatangkan kegembiraan. Untuk meraikanketibaan Ramadan dan Syawal tahun ini, kami menjemput orang ramai untuk menikmati keenakan menu baharu kami yang menjanjikan kenangan manis yang berkekalan,” kata Kah Yong.

Untuk maklumat lanjut tentang menu Ayam Mak-Mak Cili Api, sila layari www.thechickenriceshop.com atau halaman Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/  

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Ayam Mak Mak Cili ApiMenu Baharu The Chicken Rice ShopThe Chicken Rice Shop
https://lomp.at/qolu9
Share4Tweet3SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  2. 2

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  3. 3

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  4. 4

    ‘Ayam Mak Mak Cili Api’ The Chicken Rice Shop, Menghangatkan Lagi Semangat Perayaan Tahun Ini!

  5. 5

    Ameera Khan Kongsi Momen ‘Sweet’ Di Milan Bersama Jefri Nichol, Undang Pelbagai Reaksi Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem