Saturday, June 28, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selera

Jom Saksikan Nabila Huda Sebagai Hos Rancangan “Masak Sana Sini New York” Di RTM

by Aphit J.
March 17, 2024
30
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa yang dapat menidakkan kemampuan Nabila Huda sebagai pengacara? Buktinya sepanjang Ramadan ini, Nabila dikekalkan sebagai hos dalam musim kedua program “Masak Sana Sini New York” setiap Isnin hingga Sabtu, pukul 12.00 tengah hari di saluran Okey dan juga secara percuma menerusi RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my).

Bersama-Sama Rakyat Malaysia

Berkelana ke bumi New York, Kota Nombor 1 Dunia itu membawa Nabila bersama-sama rakyat Malaysia yang telah menetap di sana untuk memasak pelbagai juadah berbuka puasa yang mudah, ringkas.

Sepanjang 26 episod, penonton dibawa menyaksikan keindahan Washington Square Park, bangunan pencakar langit di Time Square, The High Line, bangunan The Vessel, bangunan bersejarah Grand Central Terminal, Central Park, The Metropolitan Museum, jambatan ikonik Brooklyn Bridge, keunikan The Oculus, Chinatown, American Museum of Natural History, Coney Island, Little Island, kawasan kejiranan Soho, New York, New York Transit Museum, Roosevelt Island, senibina Flatiron Building, dan Promenade Height & Dumbo.

Pengambaran Di Lokasi Yang Menarik

via Instagram Nabila Huda

Menariknya dalam program ini turut dikongsikan pengembaraan Nabila di Prospect Park,  Joker Stairs, Unisphere, The Charging Bull (Wall Street), bangunan ikonik Empire State Building, pengalaman manis menaiki Bas Hop on Hop Off New York City, Statue of Liberty, serta episod khas Nabila Huda menyambut lebaran di kota New York bersama-sama rakyat Malaysia yang menetap di New York.

Selain itu, Nabila akan menyediakan juadah istimewa hari raya untuk dinikmati bersama para tetamu.

Berkongsi Resepi Berbuka

via Instagram Nabila Huda

Bukan kembara semata-mata sebaliknya Nabila akan berkongsi resipi juadah berbuka puasa bersama tetamu jemputan antaranya Noor Azreen Kamalzman yang bekerja di Konsul Imigresen Malaysia, New York, Nalini A/P Sinniah; Pegawai Atas Imigresen Malaysia, New York, Khairul Azman (Penerbit Animasi), Alif Idlan (mahasiswa dari Columbia University New York), Wafi Abd (pereka produk), Tasneem Abd Halim (pegawai korporat), Sarah Zaid (Strategi Komersial), Shazlyn Millieana (pensyarah), Saiful Amri yang bekerja dalam bidang ekonomi, dan Aliaa Zulkifli (Pengarah Kanan Pemasaran Prestasi).

Inspirasi Kisah Pengasas Silat, Gayong Bakal Beraksi Di Pawagam

Saksikan juga air tangan anak tempatan yang lain seperti Edlan Mikyad (mahasiswa dari United States Military Academy), Sharon Lam yang (Pembantu Guaman), Anis Azlan (Pegawai Pemasaran), Alisya Razman (Guru Tarian Profesional), Wan Khalil Wan Ahmad (ahli perniagaan), Izham Iskandar yang bekerja sebagai (Penggalak Pelaburan), Nuryani Iman (Jurutera Perisian), Amaliza Bahari yang bekerja sebagai Pegawai Kerajaan di United Nation Malaysia, New York, Natasha Hazirah (mahasiswi di Rutgers University Newark) dan Shammil Haiqal (mahasiswa di St John University).

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
nabila huda
https://lomp.at/eqveg
Share12Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Terkejut Marsha ‘Speaking English’-“Sedap Dengar Accent Dia Tu”

  5. 5

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem