Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Agong Murka Isu Penjualan Stoking Kalimah Allah, Bertitah Mahu Tindakan Sekeras-Kerasnya Diambil!

by Puteri Alia
March 19, 2024
22
KONGSIAN
Share on Facebook

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, baru-baru ini melahirkan rasa murka dan dukacita baginda berhubung isu penjualan stoking yang tertera kalimah Allah di sebuah rangkaian kedai serbaneka.

Seri Paduka Baginda menegaskan pentingnya menjaga keharmonian negara dan menyeru kepada tindakan segera terhadap pihak yang bertanggungjawab.

Perkara ini timbul semasa Seri Paduka Baginda menyampaikan titah sulung beliau dalam Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 bulan lalu.

Baginda menegaskan bahawa kalimah Allah amat dihormati dalam hati umat Islam, terutamanya semasa bulan Ramadan, dan tidak sepatutnya dipandang remeh.

Baginda menekankan pentingnya menghormati kepelbagaian masyarakat Malaysia dan menegur tindakan yang mengganggu keharmonian negara.

Baginda juga menyatakan keinginan untuk melihat tindakan tegas diambil terhadap mereka yang terlibat dalam penjualan stoking berkenaan.

“Kalimah Allah itu dipandang sangat tinggi pada sanubari umat Islam, tambahan pula kita berada di bulan Ramadan. Tidak patutlah timbul perkara yang membangkitkan kemarahan.

“Saya baru sahaja menegur dan mengingatkan akan kepentingan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan menghormati antara satu sama lain dalam titah sulung saya di Parlimen, timbul pula perkara ini.

“Sama ada ia disengajakan ataupun tidak, sama ada ia diimport atau dikeluarkan di kilang tempatan, saya mahu penguat kuasa siasat dan ambil tindakan sekeras-kerasnya mengikut lunas undang-undang yang ada supaya pisang tidak berbuah dua kali,” titah Seri Paduka Baginda.

Yang di-Pertuan Agong juga bertitah, adalah tidak masuk akal sebuah syarikat dengan kakitangannya terdiri daripada warganegara Malaysia tidak peka dengan perkara sedemikian.

“Sudah sekian lama kita hidup dalam sebuah negara majmuk. Kesilapan isu agama dan kaum sebegini tidak boleh diterima dan dibenarkan untuk berlaku lagi,” titah Seri Paduka Baginda.

What’s your Reaction?
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
stoking kalimah allahYang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
https://lomp.at/lr7gy
Share9Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem